Isnin, 14 Mei 2012

Jom Makan Masakan Kat Kedai Sood !!!


Pada 8 Mei 2012 yang lalu kami sekeluarga RAIS telah makan beramai-ramai di Restoran milik So'od iaitu Ebby Yus di Shah Alam. Memang sedap masakannya dan suasana memang meriah. Mana tak meriahnya kalau dah datang ramai-ramai tu, tentu meriah punya. 

Tapi sayang pulak rasanya bila pada malam tu Ebby Yus tak ada sebab, menurut pekerja Restoran tersebut, Ebby Yus terlibat dalam satu program Wawancara bersama pelajar UiTM Shah Alam. So, harapan kami, lain kali kalau datang makan kat sini dapatlah hendaknya bertemu dengan Ebby Yus.

Pada yang tak tau, Restoran tersebut diletakkan bersempena dengan nama Chef nya iaitu En Adam Lai. Restoran Adam Lai ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Semua hidangannya memang best.

So, apa lagi. Jom kita layan gambar-gambar yang ada.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: