Selasa, 17 Mei 2011

Tengok Wayang di Mid Valley Mega Mall!!

Pada 17 Mei 2011 (Cuti Hari Wesak), suami saya telah membawa saya, anak-anak serta adik-adik ipar saya iaitu Adik Piji dan Kakak Kembar ke Mid Valley, perjalanan yang tidak dirancang ini akhirnya telah berjaya membawa kami semua ke Mid-Valley Mega Mall, pasaraya terbesar di Asia Tenggara! Dah lama betul rasanya tak ke mari. Dah macam-macam perubahan. Dulu mana ada 'The Gardens', sekarang dah ada siap dengan hotel lagi. kalau tak betul-betul memang boleh sesat!

So, kat sana kami makan chicken rice di food court dan kemudiannya kami menonton Filem 'THOR' di GSC Mid Valley. Memang bestlah cerita ni. Kami siap tengok kat theater 3D lagi. Memang best. Orang yang tengok memang ramai betul. Nasib baik sempat beli tiket. Itu pun duduk depan sekali!

Lepas tengok cerita ni, saya beranilah bagi 4 bintang! Cerita ni memang best lah. Tapi tak puas tengok! Rasanya saja dia buat ending macam tu sebab bakal ada sambungannya nanti kot! Memang best, kalau nak tengok, baik pergi tengok cepat. Bila tengok 3D ni, memang feel dia lain betul!

Poster filem 'THOR' yang mendapat sambutan hangat! Saya bergambar bersama Kakak Kembar dan anak-anak sebaik tiba di tempat letak kereta Mid-ValleyDanish...Adik Piji, Kakak dan DanishDzaqwan yang mula tak duduk diamIni waktu kami nak makan sebelum masuk ke panggung wayangDhafirCeria nampaknya si DhafirDanish tersenyum simpul!Serius semulaDzaqwan mengelipkan matanya.... sebaik lensa kamera diarahkan kepadanyaSuasana ketika makan Chicken Rice dan Yong Tau FooBest nya makan....Adik Piji .... berselera betul!!!Dzaqwan menunjukkan aksi comelnya!!Ini pula gambar yang dirakamkan sebaik sahaja kami keluar dari panggungPelbagai gaya dan aksiLagi gambar dirakamkanIni pula di hadapan pintu masuk Mid Valley dengan background gambar poster "Pirates of The Caribbean"Ini pula gambar beramai-ramaiSaya dan keluarga saya!Alamak... termasuk pulak 'flash' sekaliIni pula bergambar bersama Kembar!Dzaqwan senyum sambil meronta minta dilepaskan!!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: