Selasa, 3 Mei 2011

Majlis Perkahwinan Nuriz dan Faizal

1 Mei 2011, Jelebu : Pada hari Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan dengan Hari Pekerja, saya, suami dan anak-anak telah menghadiri satu majlis perkahwinan di antara Mohd Faizal dan Nurizmawane. Nurismawane merupakan adik kepada Sdr Aidil Bahari yang merupakan Pembantu Penguatkuasa di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) atau dalam erti kata lain merupakan kakitangan kepada suami saya.

Majlis perkahwinan telah berlangsung di Kg. Sungai Buloh, Simpang Durian, Jelebu. Setibanya di sana, kami telah berselisih dengan YB Dato' Siow Chen Pin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang telah sempat kami rakamkan.

Dzaqwan ketika berada di dalam kereta semasa perjalanan menuju ke Kg. Sungai BulohDzaqwan yang ceria di tempat duduk khas nya Suami saya yang sedang memanduSuami saya bersama anak-anak ketika kami baru sahaja tibaSuasana permai desa.....Terpapar banner yang menampakkan wajah kedua mempelaiPasangan yang sama cantik dan sama padan!Dhafir Amri anak kedua kami...Suasana di bawah khemah jamuan utamaKhemah serba merahDzaqwan yang telah bersedia untuk makanSuasana yang cukup meriah dan terang menyala!!!Danish di tempat duduknyaDhafir Amri...Suasana ketika ketiga-tiga anak kami bersedia untuk makan!!Suami saya bersama anak-anak. Tengoklah mulut Dzaqwan tu yang penuh dengan buah anggur!Suasana di meja santapan raja sehariLagi gambar dirakamkanKedua mempelai yang memperagakan baju berwarna merah..Meja santapan raja sehari dihias menarikKedua mempelai kelihatan ceria


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: