Ahad, 8 Mei 2011

Kenduri Rumah Mak Usu : Mesyuarat Keluarga

Pada 7 Mei 2011, telah berlangsungnya majlis kenduri dan doa selamat di rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis kenduri ini diadakan bagi tujuan bakal berangkatnya Apak Sidek (bapa saudara suami saya) ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah. Majlis ini telah diadakan selepas Solat Isya', ramai juga saudara mara yang berkesempatan telah hadir ke majlis ini.

Apak Sidek dijangka berlepas daripada KLIA pada 8 Mei 2011 pada jam 7.55 malam. Ada juga perbincangan diadakan bagi mengajak semua ahli keluarga hadir ke KLIA bagi sama-sama menghantar Apak Sidek. Sebelum majlis berlangsung, sekelian ahli keluarga yang sempat juga bermesyuarat berkaitan Agenda Family Day RAIS 2011.

Akhirnya semua bersetuju agar Family Day RAIS 2011 bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2011 bertempat di Kampung Sungai Buloh, Jelebu. Semua diharapkan dapat melapangkan masa bagi melaksanakan program tahunan ini. Berikut dirakamkan gambar-gambar ketika perbincangan berlangsung.Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: