Pada 2 Januari 2010, kami sekeluarga telah keluar berjalan-jalan dan tanpa dirancangkan, sekali lagi kami round ke KL kerana melihat kamera seolah-olah macam ada problem sikit, so, kena lah bawak ke kedai tempat beli kamera tu kat Plaza Low Yat di KL. Merasa jugaklah saya shopping di Sungei Wang, heh heh heh!!!!
.
Memang perjalanan tu tidak dirancang, pada sebelah paginya kami bersarapan di Giant Senawang dan kemudiannya ke Terminal One Seremban, dan tiba-tiba je lepas tu suami saya ajak ke KL, saya angguk ajelah!!!
.
Yang bestnya lagi, balik je dari KL kami singgah sekejap di Ice Room di Nilai, makan ice cream... Memang bestlah, masa tu kami order Nasi Goreng Famous, Nasi Goreng kampung, Ice Cream Peanut dan Ice Cream Guava.... Memang sedap, kalau tak caya cubalah!!!!
.
Ini masa kami sarapan di Giant
Saya ketika bersarapan dengan Kuetiaw Kantonis
Haa ini pulak masa dah nak sampai kat Low Yat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan