Isnin, 3 Januari 2011

Danish & Dhafir Memulakan Persekolahan 2011

Pada 3 Januari 2011, bermulalah sesi persekolahan buat Danish dan Dhafir. Danish yang sememangnya tidak sabar nak bersekolah memang menantikan hari ini sebab dia memang sejak tahun lepas excited nak ke sekolah. Danish selalu kata yang cuti sekolah ni lama sangat, akhirnya puas hati Danish sebab musim sekolah telah bermula.
.
Tahun ini lebih menarik kerana Dhafir yang baru mencecah usia 4 tahun tahun ini turut sama bersekolah di Tabika KEMAS Pancor bersama-sama dengan abangnya Danish. Dhafir yang sibuk bertanyakan baju sekolahnya juga tidak sabar nak bersekolah.
.
Berikut dikongsikan gambar dua hari pertama ketika mereka bersekolah di tabika KEMAS Pancor iaitu hari pertama ketika hari pendaftaran serta hari kedua di mana Hari Lahir Danish yang ke lima telah diraikan bersama rakan-rakan tabikanya. Pada tanggal 2 Januari 2011, genaplah usia Danish mencecah 5 tahun.
.
.
GAMBAR HARI PERTAMA
3 JANUARI 2011
PENDAFTARAN
.
Dzaqwan yang telah bangun awal pagi... macam dia lak yang nak pergi sekolah...
Walaupun dia dah buat muka comel..... tetap dia kena tinggal!!
Suami saya sedang sibuk mengisi borang pendaftaran untuk Dhafir Amri
Sementara itu Danish dan Dhafir leka bermain bersama rakan-rakan





Ini suasana ketika semua pelajar berbaris sebelum pulang ke rumah




.
HARI KEDUA
4 DISEMBER 2011
SAMBUTAN BIRTHDAY DANISH AMRI
.
Semua pelajar sedang minum pagi ketika kami tiba bersama kek hari jadi Danish
Danish sedang asyik makan mihun sup
Begitu juga dengan Dhafir
Berselera nampaknya


Inilah rupanya kek Danish!


Mula mengerumuni kek hari lahir...
Kek dinyalakan....


Mula menyanyikan lagu hari lahir
Menyanyi beramai-ramai....




Lilin ditiupkan.....
Mula memotong kek...
Saya dan Cikgu Maimunah memotong dan mengagih-agihkan kek...
Kek ni memang sedang, perisa Vanilla...



Kek mula luak. Ramai yang menambah sebab rasa kek ni memang sedap!!!

Dhafir sempat terkencing. Dilayan oleh Nenek Jah.
Tak malu betul Dhafir, buka seluar depan kawan-kawan...
Ini pulak, buah tangan yang dah siap kami bungkus untuk kawan-kawan Danish dan Dhafir
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: