Isnin, 3 Januari 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di Rumah Kak Long Roziah!!!

Pada 1 Januari 2010, satu perjalanan telah dirancangkan oleh suami saya ke rumah sepupu beliau iaitu Roziah yang lebih dikenali sebagai Kak Long. Rumah beliau di Semenyih, memang selesa dan comel. Sejuk je hari tu kat rumahnya, tidak panas walaupun matahari kat luar rumah agak mencarak jugaklah.
.
Ramai juga asalnya nak pergi tapi, last-last tak dapat pergi, antaranya Induk ada hal, Along Nazaruddin ada kenduri kat Pilah, macam-macamlah lagi. So yang pergi hanya dua kereta, suami saya, mak mertua saya, Mak Long Samsiah dan jugak Mak Usu dan Uwan Asiah daripada Shah Alam.
.
Di rumah Kak Long kami dijamu dengan pelbagai hidangan, memang best! Kenyang sekenyang-kenyangnya. Tak caya nanti tengoklah gambar lauk-pauk yang disediakan oleh Kak Long... Apa pun terima kasih kepada kak Long dan suaminya, Zamri yang telah sudi menerima kunjungan kami semua...
.
Apa yang boleh kami katakan lagi, memang rugilah kepada siapa yang tak join hari tuh!!!
.
Mak Usu ketika sedang makan
Lauk pauk yang dihidangkan

Lauk ikan semilang masak berlada
Lauk sambal udang
Sambal tempoyak
Lauk daging 'singgang'
Gulai Labu, itu je yang tinggal lepas makan... tak sempat ambik gambar sebelum...
Ikan bilis masak tempoyak
Jeruk petai
Ulam-ulaman
Tembikai
Budu
Kak Long yang tidak dapat menahan ketawa bila diambil gambarnya...
Dhafir yang leka bermain di luar rumah
Begitu juga dengan Dzaqwan
Danish juga bermain permainan si Afiqah dan Damia
Suasana bersepah di luar rumah akibat 'taufan' kanak-kanak di luar rumah
Dzaqwan dengan aksi comelnya...
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: