Pada 8 Januari 2011 kami telah beramai-ramai ke rumah Induk di Shah Alam untuk bertemu dengan Pak Haji Rizki. Pak Haji ini telah banyak membantu keluarga kami dari segi doa, ubat-ubatan secara Islam termasuk membantu perniagaan keluarga kami terutamanya Induk ketika mengusahakan Restoran Bussaina dulu.
.
Anak kami Dzaqwan yang mengidap penyakit sawan tangis dulu pun diubatkan oleh Pak Haji Rizki. Pak Haji yang berasala dari Indonesia baru sahaja tiba di Malaysia pada minggu yang lalu dan dijadualkan hanya berada di Malaysia dua puluh hari sahaja.
.
Sebelum kami ke Shah Alam untuk bertemu Pak Haji di rumah Induk yang dijadualkan pada jam 8.30 malam, kami telah singgah di gerai Fadzly di Stadium Paroi untuk mengalas perut. Kat sana sempat jugaklah kami bergambar dengan pemain bolasepak Negeri Sembilan yang 'top' tu, tak lain tak bukan si Kembar.
.
Merasa jugak kami bergambar dengan mereka...
.
Selepas selesai makan, kami terus bergerak ke Shah Alam...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan