Ahad, 23 Januari 2011
Makan Malam di Star Fresh bersama Mak Long & Pak Long
14 Januari 2011, Seremban - Entah mengapa secara tiba-tiba, ketika kembali dari kampung Tanah Baru, suami saya telah mengajak Pak Long dan Mak Long untuk makan bersama kami di Star Fresh Agro Park. Sebagaimana yang semua maklum, Mak Long Limah ni memang makcik 'favourite' suami saya, mereka agak rapat juga...
.
So, adalah beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sana....
Makan Tengahari di Kg Tanah Baru
14 Januari 2011, Kuala Pilah - Mendengar tahap kesihatan Atuk yang tidak mengizinkan, kami sekeluarga telah mengambil keputusan pulang ke kampung Tanah Baru untuk menziarahi Atuk dan juga makan tengahari bersama-sama. Kebetulan pula pada hari kami pulang ke kampung iaitu pada 14 Januari 2011 merupakan hari cuti keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
.
Di kampung kelihatan Atuk agak lemah-lemah badan dan hanya terbaring sahaja. Kami telah makan beramai-ramai dan nampak berselera juga bila Atuk makan kerana makan beramai-ramai.
.
Ahad, 9 Januari 2011
Menziarahi Pak Teh di Hospital Temerloh
Pada 9 Januari 2011, suami saya telah merancang satu lawatan ke Hopital Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi menziarahi Pak Teh yang sedang sakit. Pak Teh yang menghidap sakit buah pinggang kini dirawat di Hospital Temerloh ekoran masalah jangkitan kuman di dalam saluran darahnya. Keadaan Pak Teh, agak serius juga kerana Pak Teh menanggung kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.
.
Mujurlah keadaan Mak Teh yang masih kuat lagi menjaga Pak Teh sebaiknya di Hospital. Pak Teh asalnya dimasukkan ke Hospital Kuantan pada 3 Januari 2011 tetapi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan dengan lebih cepat dan selesa memandangkan Hospital Kuantan yang penuh sesak.
.
Hospital Temerloh ini agak baru so, memang cantik dan selesa serta paling penting tempat letak kereta yang mencukupi (tidaklah seperti HKL dan Hospital Seremban).
.
Yang ikut serta perjalanan ke Temerloh ini adalah Along (sepupu suami saya), Ibu Mertua saya, Mak Long suami saya, saya dan Dhafir Amri.
.
Di sana kami berkesempatan bertemu dengan Mak Teh dan juga Kak Long (sepupu suami saya / anak Pak Teh) dan suaminya Zamri yang kebetulan turut berada di sana, pulang hujung minggu bagi menjaga bapanya di Hospital.
.
Akhirnya, bersama-samalah kita semua selaku ahli keluarga RAIS mendoakan kesejahteraan Pak Teh, dan semoga Mak Teh terus-menerus dikurniakan kekuatan dan kesihatan agar dapat menjaga Pak Teh sehingga sembuh. Insya Allah.
.
Kami singgah di Masjid Pelangai untuk membuang air
Kami tiba di Hospital Temerloh kira-kira jam 12.15 tengahari
Pemandangan di luar hospital yang diambil dari dalam wad Pak Teh
Mak Lang (Ibu Mertua saya) bersama Mak Long ketika menziarahi Pak Teh dan Mak Teh (berdiri)
Beginilah keadaan Pak Teh yang sedang menahan kesakitan
Mak Long duduk di kerusi roda Pak Teh yang baru dibawa Kak Long dari rumah
Along ketika berbual bersama Mak Teh bertanyakan keadaan Pak Teh
Suasana di dalam Wad Pak Teh di Tingkat 7
Suami saya yang dah mula megantuk kepenatan
Mak Lang yang sedang berbual
Kak Long di sisi katil ayahnya
Saya bergambar bersama Kak Long
Pak Teh tetap tenang meskipun sakit...
Wad Kenanga 11 di mana Pak Teh ditempatkan
Bergambar di dalam lif ketika kami turun ke lobi uantuk menikmati makan tengahari
Ceria di dalam Lif
Kak Long senyum sampai ke telinga......
Suasana di lobi Hospital selepas kami selesai makan
Damia yang malu memandang lensa kemra, memalingkan muka...
Suami saya makan buah-buahan potong bersama Afiqah (anak Kak Long)
Mak Lang ketika baru sahaja selesai Solat
Bergambar 3 generasi, Mak Teh, Kak Long dan Afiqah
Mak Long bergambar bersama Dhafir dan Afiqah
Saya bergambar di Lobi Hospital
Ketika semua mula beredar menuju ke kereta untuk pulang....
Menuju ke kereta dengan diiringi oleh Mak Teh
Ketika tiba di kawasan meletak kenderaan
Kak Long dan Zamri yang turut menuju ke kereta mereka untuk pulang bersama
Dhafir ketika bergambar di Taman Landskap Hospital
Tiba di kereta....
Kami kemudiannya bersama Zamri dan Kak Long singgah di tempat menjual ikan sungai fresh dari dalam sangkar... Macam-macam ada, keli, baung, talapia, tapi yang penting semuanya fresh!!
Sungai di mana tempat ikan-ikan ini ditangkap!
Along yang sempat bergambar di tepi sungai...
Kak Long dan Mak Long ketika memilih ikan...
Mengambil ikan-ikan yang telah dipilih....
Ikan-ikan mula disiang...
Memerhatikan dengan leka ketika ikan disiang!
Ikan Talapia ketika disiang!
Ini pula Ikan Baung yang telah siap sedia untuk disiang!
Mak Long yang sedang menantikan ikan-ikan siap disiang!
Sebaik sahaja selesai, kami semua terus bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Kak Long terus pulang ke Semenyih untuk beli 'handphone' baru manakala kami terus ke rumah Mak Usu kerana menjemput Uwan Asiah dan seterusnya kami terus pulang ke Seremban.
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Langgan:
Catatan (Atom)