Sabtu, 15 Ogos 2009

Jom Makan Udang Galah!!!

Masih ingatkah anda akan satu segmen "Majalah 3" yang menyiarkan satu tempat di Rembau yang meyediakan Udang Galah dan Udang Harimau yang 'fresh' dan sedap dimakan? Kemudiannya ada penonton yang mengadu melalui e-mail yang tempat itu tidak wujud maka Majalah 3 kemudiannya memperbetulkan lalu, penonton tadi dibawa ke tempat Udang tersebut lalu dapatlah dia melepaskan kempunannya itu bersama keluarga dengan dapat makan di sana secara percuma. Tentu anda masih ingat.
Saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan bersama Cik Yan (jiran) untuk pergi ke sana beramai-ramai bagi menikmati udang di sana. Tempat yang dimaksudkan ialah, Sungai Timun, Linggi. Boleh tahanlah makan kat sana. Cuma rasanya kalau masak sendiri lagi sedap kot. Cumanya yang bagus tu, udang-udang kat sana memang fresh. So, kalau siapa-siapa nak pergi ok gak tempat tu. Bolehlah kalau nak tengok nelayan menangkap udang secara dekat. Perjalanan pun tak juah, hanya kira-kira 35 minit daripada Seremban.
Kalau nak ke sana di nasihatkan call dulu supaya mereka boleh siapkan awal-awal stok udang tu. Bila dah tiba tak adalah lama sangat menunggu udang sampai.
Wajah Dzaqwan ketika kami sedang bersiap-siap sebelum ke Sg. Timun
Masih lagi tenang. Mungkin tau kejap lagi nak pergi berjalan kot
Dzaqwan menguap di dalam kereta. Dah mula ngantuklah tu.
Aik..Nguap lagi

Laa... ngantuk betul Dzaqwan ni!
Dzaqwan tertanya-tanya agaknya... kat mana aku ni??
Anda tentu ingat tempat ini ketika disiarkan di dalam Majalah 3 dulu. Masih tak banyak berubah
Danish menikmati Udang Galah terlebih dahulu
Lihatlah udang yang dihidangkan
2 menu utama, Udang Galah masak berlada dan Udang Galah masak lemak cili api
So jangan lupa kalau nak pergi call dulu no 0196726386 (Zana) atau 0136040344 (Osman). Okaylah jangan marah ya. Makan udang fresh ni memang berbeza dengan udang yang kita beli kat pasar ke, giant ke dan lain-lain lagi.
Sekian dan Wassalam.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy)

Tiada ulasan: