Sabtu, 15 Ogos 2009

Selamat Pengantin Baru Emma & Akmal (Anak Cik Bibah)



Pada 15 Ogos 2009 yang lalu saya telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Mohd Akmal bin Mustapa dengan Emma Darleen binti Ahmad Badros. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Jalan Sultan Salahuddin di Kuala Lumpur. Saya menghadiri majlis perkahwinan tersebut bersama-sama dengan Ibu saya, Mak Long dan Danish. Majlis yang berlangsung meriah itu bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Di majlis ini Mak dan Mak Long telah berkesempatan menemui semula rakan-rakan lama dari Kg. Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu yang sudah berpuluh tahun tidak bersua.

Danish yang sedang menyuap nasi dengan penuh berselera
Danish langsung tidak memperdulikan gambarnya yang sedang diambil
Pelamin yang indah terhampar di pentas dewan
Pelamin yang telag siap sedia menanti ketibaan pengantin
Danish sedang menikmati kuih karipap
Suasana Dewan yang sudah mula dipenuhi tetamu
Setelah selesai makan barulah Danish bersedia untuk ber'posing'
Tetamu yang hadir sudah memenuhi ruang dewan menantikan ketibaan pengantin
Tetamu menantikan kehadiran kedua mempelai dengan penuh sabar
Ruang pelamin yang terbentang seolah menggamit pengantin agar segera sampai
Kedua mempelai akhirnya muncul di pintu Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid
Pengantin mulai berarak masuk menuju ke pentas untuk bersanding
Dengan penuh ketenangan kedua-dua pengantin berarak dengan wajah yang bersahaja
Sama padan dan sama cantik
Pengantin berarak didahului dengan "flower girl"
Pengantin berarak ke pentas pelamin sambil diikuti keluarga sebelah pengantin perempuan
Ceria wajah pengantin ketika menghampiri pentas persandingan
"Flower Girl" bersedia terlebih dahulu di atas pentas persandingan
Pengantin ketika tiba di tangga pentas
Pengantin menini anak tangga dengan penuh tertib dan berhati-hati sambil diiringi pengapit
Pengantin bersedia untuk bersanding
Akhirnya pengantin bersanding di atas pelamin
Raja Sehari bertakhta di atas pelamin sebagai lambang cinta mereka telah bersatu!
Emma & Akmal semoga berbahagia sentiasa hendaknya
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat
Semua tetamu tidak berganjak dari tempat duduk menyaksikan persandingan pengantin
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua mempelai ini, seperti Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad dan Siti Khadijah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami memohon restu Mu berkatilah Majlis ini, dan semoga ianya berjalan dengan lancar dan sempurna, sepertimana yang Engkau kehendaki dan semoga, jodoh perkahwinan ini berkekalan sehingga ke syurga kelak"
(Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY))

Tiada ulasan: