Satu trip pelancongan keluarga telah diatur oleh Atam (Bapa saudara Noi) pada 7 Februari 2009, trip ini turut disertai oleh beberapa lagi ahli keluarga lain seperti, Atuk Noi, Wan Noi, Ibu mertua saya, Pak Long Noi dan Mak Long Noi sekeluarga, Pak Andak dan Mak Andak sekeluarga, Busu dan Mak Usu, Mazli & Mimi (sepupu Noi) sekeluarga, Aryanti (sepupu)sekeluarga, dan of course Saya dan Noi serta anak-anak.
Pada 7 haribulan Februari 2009, kami telah memulakan perjalanan dari Seremban pada jam 1.00 petang memandangkan saya ada urusan di SDAR kerana memberikan ceramah berkenaan Debat kepada pelajar-pelajar.
Kemudiannya pada jam 2.00 petang kami bergerak ke Hotel Pan Pacific kerana saya terlibat dengan penubuhan NGO Gerakan Rakyat Malaysia (GERAM) yang mana saya juga telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Semasa saya sedang sibuk bermesyuarat Noi, Mak, Nabila, Danish, Dhafir, Atuk dan Wan menginap di Hotel Pan Pacific bersebelahan PWTC. Dan akhirnya tepat jam 5.00 petang, kami telah meneruskan perjalanan misi utama kami menuju ke Cameron Highlands. Kami telah berhenti rehat di R&R Tapah pada jam 7.00 malam. Kami berhenti rehat dan bersolat.
Setelah berhenti rehat kami telah meneruskan perjalanan tepat jam 8.00 malam. Dan perjalanan yang panjang dan memenatkan ini telah berkahir apabila kami tiba di Kem Brinchang pada jam 9.30 malam. Atam telah mendapatkan dua rumah kuarters askar di Kem Brinchang ini.

8 Februari 2009
Pada seawal jam 8.00 pagi kesemua ahli keluarga telah bangun memandangkan suasana yang terlalu sejuk dan tak dapatlah nak tidur lama-lama sangat. Dan kami telah memulakan lawatan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 11.00 pagi kami telah pergi ke The Strawberry Park Resort. Di sana taklah banyak sangat aktiviti, selain daripada beli aiskrim dan makan buah strawberry. Ada juga beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan di sana.
Selepas berpuashati dengan lawatan di sini, kami telah meneruskan langkah menuju ke Tanah Rata. Di sana kami telah menikmati makan tengahari. Sedap gilerrr makan kat sana. Lauk-lauk kampung dan tradisi benar-benar membuka selera kami. Dayah makan sampai bertambah-tambah. Tu yang sakit perut malam tak boleh tidur tu.
Selepas makan tengahari kami telah bergerak beramai-ramai menuju ke KEA Farm. Disana terdapat pelbagai sayur-sayuran segar yang dijual dengan harga yang cukup murah. Bukan itu sahaja pelbagai sayur yang dijual di sana sukar di dapati di tempat-tempat lain. Dan yang paling mencuri perhatian di sana adalah apabila berpeluang menikmati jagung mutiara.
Setelah selesai lawatan di KEA Farm, kesemua ahli keluarga telah berangkat pulang ke kuarters untuk berehat, tiodur dan minum petang. Minum petang itu memang menyelrakan dengan hidangan seperyi maggi, cekodok air dan air panas.
Pada sebelah petangnya saya dan isteri telah bersiar-siar di Pasar Malam Brinchang untuk membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke Seremban. kami membeli, bola strawberry untuk Danish & Dhafir, Baju Mr Bean, sedikit sayur keledek, strawberry dan stoking. Tak banyak pun, bolehlah...
Selepas selesai makan malam, saya dan isteri telah mengambil keputusan menginap di luar Kuarters. Kami telah menginap di Hotel Tudor Inn, berhampiran dengan Kem Brinchang. Dengan suasana bilik hotel yang lebih selesa diharapkan tangisan anak kami tidaklah mengganggu tidur orang lain dan juga ia lebih memudahkan maki menyiapkan anak-anak sebelum berangkat pulang keesokan harinya.
9 Februari 2009
Seawal jam 7.00 pagi kami telah siap memandikan Danish dan Dhafir, dan mudah benar untuk kami bersiap-siap di sini. Dan tepat jam 8.00 malam kami telah mula bergerak ke Kem Brinchang untuk bersarapan sebelum sama-sama bersiap sedia pulang ke Seremban.
Kemudiannya kami telah beramai-ramai bergerak pulang. Dalam perjalanan kami telah singgah sebentar di Bharat Tea Plantation (Ladang Teh). Kami telah banyak menghabiskan masa bergambar di sana.
Setelah selesai di ladang teh, kami berhenti seketika untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Ringlet. Dan kemudiannya kami telah meneruskan perjalanan dan singgah sebntar di Air Terjun Lata Iskandar. Di sinilah berlakunya tragedi Adam (anak Mimi & Mazli) yang kelemasan. Peristiwa dramatik ini menyaksikan Pak Long & Mak Long kebasahan ketika cuba menyelamatkan Adam daripada lemas. Alhamdulillah semuanya selamat.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan kami telah berhenti di R&R Tapah. Di sini kami telah berhenti untuk makan tengahari. Atuk yang agak kepenatan telah hanya baring ketika di sini.
Selepas itu kami bergerak pulang. Saya dan Pak Andak telah mengambil keputusan untuk singgah di rumah Busu, kami telah tiba di sana tepat jam 6.30 petang. Acoy telah mengambil keputusan untuk menjamu pizza resepi baru di rumah Busu. Alhamdulilah kenyang. Tak cukup setakat itu Mak Usu turut bertungkus lumus bersama Busu menyediakan makan malam yang cukup menyelerakan buat kami semua. Terima kasih banyak diucapkan, walaupun sama-sama kepenatan tapi Mak Usu dan Busu tetap ceria melayan kami semasa makan malam tersebut.
Alhamdulillah kami telah bergerak pulang kira-kira jam 9.30 malam dari rumah Busu menuju ke Seremban. dan kami telah tiba di Senawang kira-kira jam 10.30 malam. Sesungguhnya banyak kenangan indah di sana nersama keluarga, dan pastinya semua ahli keluarga tidak sabar pula menunggu Family Day 2009 di akhir tahun nanti.
Sekian dan Wassalam.
Laporan oleh : Acoy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan