Ahad, 15 Februari 2009

Achik Julie kembali ke Jerman

13 Februari 2009 - Setelah 10 hari berkursus di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, akhirnya Achik Julie, berangkat pulang semula ke Jerman pada jam 11.30 malam dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Ketika pulang Achik Julie ditemani oleh Wan, Mak Usu, Induk, Pak Induk, Afiq, Iqbal, Saya, Mak Lang (Ibu saya), Noi, Danish dan Dhafir.

Selamat Jalan diucapkan buat Achik , dan semoga berpeluang balik semula ke Malaysia nanti! Kami doakan Acjik sekeluarga di sana selamat dan berbahagia sentiasa. Kirim-kirimkanlah berita dari sana...

Ketika di KLIA, kami menjamah makanan yang Mak Lang (Mak Saya) bawa dari Pancor.
Kami makan di sudut tepi dan agak tersembunyi, takut ada yang nampak.
Dhafir dan Danish.
Saya dan Afiq turut mengambil giliran untuk makan.
Sempat bergaya semasa makan.
Posing di samping nasi dan rendang ayam. Best gilerr!
Dhafir, Danish dan Iqbal.

Pandai betul berposing, macam dalam majalah pulak!
Dhafir bergambar di Taman buatan di KLIA.
Kami semua mula bergerak kerana Achik sudah mula ingin daftar masuk (check-in)
Achik mula mengeluarkan bagasi nya.
Achik dibantu oleh Wan dan Mak Usu
Mulalah sesi peluk cium sebelum pergi!
Achik memulakan langkahan meninggalkan kami....
Achik mendaftar masuk.




Kelihatan Achik melambai dari kejauhan....

Dilaporkan oleh : A C O Y

1 ulasan:

Achik Julie berkata...

..raso macam tak cayo yo yg achik ado balik ari tu kan?