Rabu, 18 Februari 2009

Mari Tonton Filem Animasi Geng Upin & Ipin !!!

19 Februari 2009 (Khamis) - Malam tadi (18 Feb 2009) saya, isteri saya dan anak saya (Danish) telah menonton filem animasi Geng Upin & Ipin di Panggung GSC Terminal One, Seremban.

Rasa macam tengok kartun Disney!. Itulah rumusan yang boleh saya buat. sesungguhnya tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya setelah menonton filem animasi ini. Yang hanya boleh saya buat lepas tengok filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula” ni hanyalah gelak sorang-sorang apabila terkenangkan jenaka-jenaka yang mencuit hati.


Siapa yang tak tengok memang rugi. Kenapa? Ada banyak sebabnya:

1) Animasi 3-D nya excellent, smooth dan colourful. Memang la tidak setanding Pixar. Tapi sebagai filem animasi 3-D pertama buatan Malaysia, sangat membanggakan. Ada babak slow-mo macam the Matrix, ada action macam Kungfu Panda & The Incredibles, ada monster macam Harry Porter, ada Upin & Ipin yang lebih cute drpd Nemo, Rocky “the hamster” atau Patrick Star. Beautifully presented.

2) Lawak jenakanya boleh membuat kita gelak sampai bergolek-golek. Ada banyak punch-line yang memang akan kita ingat dan gelak sorang-sorang lepas dah balik rumah. Lebih lawak daripada Upin & Ipin (TV). Lebih lawak daripada Shin Chan.

3) Sound effect yang sangat mantap. Ada banyak action scenes yang menggunakan sound effect yang memang mendebarkan. Macam tengok cerita Annaconda atau Indiana Jones.

4) Jalan cerita yang menghiburkan dan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya misteri yang wujud di sebalik “hantu durian”. Ala-ala team Scooby-Doo.

5) Ada banyak usaha-usaha mempromosikan imej Malaysia dalam filem ini contohnya logo Tourism Malaysia, kehidupan kampung, variasi kaum, buah durian, ayam di tepi jalan, kereta lembu dan lain lain. Mana ada kartun international yang ada lembu?

6) Yang paling penting, kartun ni MADE IN MALAYSIA. Buatan orang kita. Bajet RM 4 juta (US$ 1.1 M) sahaja so jangan la compare dengan Nemo (US$90 M), Shrek (US$70 M) atau Shark Tale (US$75 M). Hasilnya tetap sama hebat dengan filem2 tadi.

Kalaupun anda memang Anti-filem Melayu, filem ini MESTI dikecualikan. Filem animasi ni memang best dan memang standard. First class. Kau orang kena tonton dulu lepas tu bagi komen okay!

Standing Ovation for Les Copaque Team…!

Anak saya Danish yang turut menonton Filem ini
Isteri saya dan Danish bergambar sebelum masuk panggung

Laporan oleh : Acoy

Tiada ulasan: