Selasa, 27 Januari 2009

Kenduri Cukur Jambul & Doa Selamat di Pancor

Kenduri Cukur Jambul & Doa Selamat

27 Januari 2009

Rumah Rakyat Pancor

27 Januari 2009 (Seremban) - Pada hari Isnin yang lepas bersamaan dengan cuti Tahun Baru Cina, satu kenduri cukur jambul dan doa selamat telah diadakan di Kg Pancor. Majlis dimulakan seawal jam 3.00 petang. Paa jam 3.00 petang program telah dimulakan dengan acara berzanji dan marhaban yang dikelolakan oleh Kumpulan Najihatun Najah yang diketuai oleh Ustazah Hjh Rohani. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Mak Lang dan Mak Long.

Apa yang menarik ketika acara berzanji sedang dijalankan, jiran di hadapan rumah Mak Lang yang berbangsa Cina telah turut mengadakan satu lagi lagi majlis iaitu acara tarian singa. Acara tarian singa ini telah mengalih tumpuan ramai anak-anak dan saudara-mara yang pada awalnya berkumpul di bawah khemah.

Namun majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis cukur jambul ini diadakan khas untuk anak Apak Sidek iaitu Aqil Hakimi, dan juga anak Along Nazaruddin iaitu Nurul Najat.

Kelihatan pasukan gendang cina sedang mengiringi tarian singa yang diadakan.
Dua ekor singa kesemuanya yang dibawa ke rumah jiran ini.


Kelihatan Mak Long berposing seperti nenek tua, di belakang rumah Pancor bersama-sama Apak Sidek.
Kelihatan Ahli Kumpulan berzanji yang sedang khusyu' berzanji


Gambar lama "induk" yang telah dikesan semasa kenduri oleh paparazzi
Apak Sidek ketika di bawah khemah menanti acara berzanji dan berandoi selesai.
Pak Induk dan Fadzly ketika sedang setting meja makan.
Kelihatan juga Bangah Nordin
Acara cukur jambul bermula




Ustazah Hjh Rohani turut tidak ketinggalan mencukur jambul anak-anak yang diraikan









Iqbal berposing dengan wajah serius!
Haa barulah senyum sikit.
Abang Iza sedang meneliti paparan kamera yang dirakam dan kelihatan Induk yang sedang mengeluh keletihan
Mak Usu mengusik Iqbal
Makanan yang dihidangkan untuk kumpulan berzanji iaitu bihun goreng dan kuih karipap



Acara Berandoi bermula
Anak Apak Sidek lena di dalam buaian.

Kesemua ahli kumpulan berzanji menjamu selera di bawah khemah sebaik selesai acara


Selepas tamat disebelah petang lebih kurang jam 6.30 petang. Acara disambung pula pada sebelah malam iaitu selepas Isya'. Kali ini acara tahlil dan doa selamat. Tahlil dikendalikan sepenuhnya oleh En Atan dan doa dipimpin oleh Imam Masjid Paroi, iaitu Tuan Hj Samsudin. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan selamatnya.












Sekian dan terima kasih.

Tiada ulasan: