Isnin, 17 September 2012

Open House Raya Rumah Busu

Pada 8 September 2012, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat di kediaman Busu dan Mak Usu yang baru iaitu di No. 45, Jalan Kebun Nenas, 4J/KS 8, Bandar Putera 2, Klang, Selangor. Majlis ini turut diadakan bersekali dengan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat yang telah diketuai oleh suami saya Syamsul Amri Ismail @ Acoy. Sebaik sahaja majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat selesai, majlis bersambung dengan acara kemuncak iaitu jamuan makan tengahari.

Yang paling mencuri perhatian ialah masakan Char Koay Teow panas yang didatangkan khas daripada Seksyen 17, Shah Alam.

Tanpa melengahkan masa jom kita tengok sama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada majlis berkenaan.

Suasana di dalam rumah sebaik sahaja selesai Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat
Lauk ikan goreng dan rendang ayam yang membuka selera
Tidak dilupakan ulam-ulaman dan ikan masin bulu ayam
Sambal belacan special "ala-ala Jawa"
Buah tembikai pencuci mulut
Gulai masak lemak cili api Negeri Sembilan
Sambal ikan bilis campur kentang yang benar-benar menyemarakkan selera!
Tukang masak Char Koay Teow yang diadtangkan khas daripada Seksyen 17, Shah Alam
Semua bahan-bahan dan peralatan telah tersedia...
Proses memasak bermula....
Diantara bahan-bahan yang terlibat...
Proses menggoreng pun bermula...
Pergghhh... power tu, gaya mesti lebeyy!!!
Kak Ina dan Nabila di antara yang tidak melepaskan peluang!!
Inilah rupanya Char Koay Teow yang lazat dan menyelerakan... terhad hanya untuk 150 pinggan sahaja... Siapa yang lambat... tak dapat!!!
Apak Sidek dan anak-anak turut menikmati Char Koay Teow ini..
Mengupas udang untuk anak-anak...

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: