Pada 16 September 2012, suami saya telah menghantar adik ipar saya iaitu Adik Piji ke Sungai Penchala di Damansara untuk mendaftar masuk ke tempat kerjanya di sana. Adik Piji dijadualkan mula bertugas pada 17 September 2012 di Restoran Subak yang sememangnya popular di sana.
Sempat juga suami saya merakamkan gambar-gambar Restoran tersebut. Menurut suami saya Restoran ini agak eksklusif juga dan harganya kat sana, boleh tahan gak mahalnya!
Tapi apa pun jom kita layan gambar dulu !
Inilah rupanya penginapan yang telah disediakan untuk para pekerja Restoran Subak
Suasana di dalam rumah
Kelihatan ibu mertua saya yang sedang membantu mengemas rumah
Inilah Restoran Subak, tempat dimana Adik Piji diterima bekerja
Gambar dirakamkan dari jalan di hadapan Restoran Subak
Kelihatan kumpulan yang sedang memainkan muzik bagi menghiburkan para pengunjung
Suasana meriah kerana pada ketika ini berlangsungnya jamuan perkahwinan bagi satu pasangan berbangsa Cina
Suasana di meja makan
Di antara Tukang Masak yang sedang menyediakan makanan
Inilah rupa Ketua Chef kepada Adik Piji
Peta untuk ke Restoran Subak
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan