Ahad, 18 Mac 2012

Sarapan Pagi di Kedai Brother di Sikamat

Pada 10 Mac 2012, kami sekeluarga bersama dengan Busu dan Mak Usu telah bersarapan di Kedai Brother Cafe. Kat sini yang specialnya semua masakan panas yang istimewa sahaja. Antaranya Ladna, Kung Fu, dan sebagainya. Kami suka makan kat sini sebab rasa masakannya memang sedap.

Satu perkara yang menarik adalah tukang masaknya, kebanyakannya adalah makcik-makcik 'otai'. So, kena sabar sikit, slow sikit tapi memang sedap. Hari-hari kat kedai ni memang ramai. Kami sekeluarga biasanya kalau nak makan kat sini hari Sabtu aje lah. Sebab hari tu je biasanya kami free, sebab cuti.

Masa ni Busu dan Mak Usu makan bersama kami sebab dia singgah jap jumpa kami di mana mereka on the way Family Day di Port Dickson.


Dzaqwan yang makan sampai comot-comotSampai habis mee goreng dia. Danish pun berselera makan nampaknya. Mee goreng dia pun sedapppp ! Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: