Pada 13 Mac 2012 bersamaan hari Selasa, kami sekeluarga telah membuat keputusan tiba-tiba turun ke Shah Alam, Selangor. Kami bertolak sebelum Maghrib lagi ke rumah Busu dan Mak Usu. Setibanya di Seksyen 20, Shah Alam (rumah Busu) kami singgah untuk sembahyang Maghrib dan selepas daripada itu kami sekeluarga bersama Busu terus bergerak ke Bukit Naga, Klang bagi menikmati makanan 'favourite' kami iaitu tidak lain tidak bukan Char Koay Teow.
Sememangnya sejak dari dahulu kami membuat jejak pencarian Char Koay Teow yang hebat semenjak daripada CKT di Puchong yang dahulunya menjadi destinasi kami sudah tidak lagi menepati standard CKT yang kami harapkan. So, menurut Busu di Bukit Naga, Klang ni, memang best, so, kami pun pergilah pada malam itu untuk membuat pengesahan.
Dalam suasana hujan lebat kami tiba di sana. Memang tepat kata Busu, CKT di sana memang best gilerr! Jalan nak ke sana memang berbelit sikitlah (kalau tak biasa), tapi memang berbaloi. Biasanya kedai-kedai lain, CKT nya sikit je, tapi yang ini dengan harga RM 4.00, CKT nya memang banyak. So, apa lagi, bolehlah ramai-ramai pergi ke sana. Kami sekeluarga ni pun rasanya 'bakal' repeat lagi nih. Tapi pesan Busu....... kalau pergi lain kali, jangan tak ajak dia pulak!!! So, jom kita layan gambar!
Inilah rupanya Char Koay Teow nya. Memang menyelerakan!Banyak betul isinya dalam pinggan tuDanish ceria...Dzaqwan sabar menunggu....Ini suami saya punya CKT .... tanpa taugeh dan special 'telur mata kerbau'Busu dan Mak Usu (yang datang terus dari tempat kerja) turut sama bersama kami Kami sempat bergambar di hadapan hidangan CKT kami yang menyelerakan...
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan