Pada 16 Mac 2012 hingga 18 Mac 2012, suami saya telah terlibat dengan satu mesyuarat kerja di Bukit Tinggi, Pahang. Maka kesempatan ini kami ambil untuk bercuti bersama keluarga di sana. Percutian di sana memang menyeronokkan laa... Apa lagi yang nak diceritakan. Ditambah pula dengan kehadiran Ibu Mertua saya, Fadzly, Adik Piji, Kakak Syamira, Mak Usu, Induk, Afiq, Iqbal dan juga Wan Asiah kesayangan kita. Suasana percutian di sana menjadi bertambah meriah.
Pemandangan yang indah dan cukup menenangkan menjadikan kami rasa bertuah berada di sana.
Terima kasih buat suami saya yang telah memberikan kami sekeluarga peluang untuk bercuti di sana, Bilik penginapannya pun luas dan selesa, so bolehlah kami tidur ramai-ramai. Memandangkan makanan di sana dikhabarkan mahal-mahal, so kami dah bawa siap-siap bekalan makanan yang banyak supaya tak perlulah kami berbelanja membeli makanan di sana.
Banyak juga gambar-gambar yang telah kami rakamkan, So, bolehlah tengok satu-satu dalam folder ni dan folder-folder berikutnya....
Danish, Dzaqwan, Dhafir dan Iqbal. Riang dan ceria...Merakamkan gambar kenangan....Lagi gambar beramai-ramai....Bergambar bersama Wan Asiah....Gambar anak beranak....Lihat suami saya pulak berposing....Berlatarbelakangkan suasana kehijauan yang indah....Bergambar di hadapan mercu tanda 'Colmar Tropicale' Bergambar dengan berlatarbelakangkan bilik penginapan....
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan