SELAMAT PENGANTIN BARU
HAFIZ & FIDA 11 DISEMBER 2011Pada 11 Disember 2011, telah berlangsungnya majlis perkahwinan Mohamad Hafiz bin Abas bersama pilihan hatinya Norafida binti Abd Rahman. Mohamad Hafiz merupakan anak lelaki kepada Pak Long Abas. Majlis Perkahwinan ini telah berlangsung dengan meriahnya di Ayer Hitam, Serting.
Saya bersama keluarga telah tiba di Ayer Hitam kira-kira jam 12.30 serentak dengan perarakan Pengantin Baru.
Meskipun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, majlis ini tetap berlangsung dengan cukup meriah sekali. Hafiz dan Fida merupakan rakan sekerja di mana cinta mereka berputik juga di tempat kerja. Kedua-dua mempelai ini kini bertugas selaku jurupulih kenderaan di Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON).
Majlis ini menjadi bertambah meriah dengan kehadiran satu bas rombongan pengantin perempuan daripada Kedah Darulaman.
Sekali lagi dengan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Hafiz dan Fida, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan segera menimang cahaya mata. Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Mak Andam memperbetulkan setting di Pelamin
Bersiap sedia di pelamin
Kedua-dua mempelai tampak ceria
Keriangan jelas terpancar di wajah kedua-dua pengantin
Suasana di khemah jamuan
Suasana di tepi pelamin meriah dengan kehadiran keluarga sebelah pengantin perempuan
Ahli pasukan kompang mula mengambil tempat di bawah khemah
Menuju ke tempat bermain kompang di bawah khemah



Di antara jurukamera yang berebut-rebut merakamkan detik bersejarah pengantin baru
Paluan kompang dimulakan di bawah khemah
Bermain dengan penuh semangat!
Pelbagai lagu yang dialunkan untuk memeriahkan suasana
Suasana di meja santapan raja sehari
Fida menyuapkan nasi kepada kekandanya...
Giliran Hafiz pula menyuapkan adindanya....
Pak Long Abas yang bergaya dengan baju melayunya menyambut para tetamu yang datang
Suasana meja santapan untuk pihak keluarga pengantin perempuan
Dik Mat dan Along Nazaruddin juga turut sama memeriahkan suasana....Selesainya kenduri di Ayer Hitam, kami pulang ke Seremban dengan melalui Jalan Simpang Pertang, Kuala Klawang. Sebelum Kuala Klawang, sempat kami singgah di sebuah gerai di petaseh yang menjadi tempat persinggahan makan durian kami sebelum ini. So, kami singgah di sana sebab tiba-tiba pulak lapar (walaupun dah makan tadi).
Di sana kami makan mee goreng basah. Goreng Pisang pun sempat kami rasa...Memang sedap. Sempat gak merasa sebiji buah durian. Rasanya... bolehlah!!
So jom kita tengok gambar.
Danish ketika menjamah pisang goreng
Dhafir merasa air Soya
Dzaqwan dengan aksi comelnya...
Saya minum air sirap yang suami saya order
Suasana di gerai
Suami saya menjamah Mee Goreng Basah.

Danish dan Dhafir pun berselera makan Mee Goreng Basah ni.

Inilah durian yang sempat kami rasa
Memang bestlah makan kat sini. Lain kali, bolehlah singgah lagi!Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan