Pada 10 Disember 2011 yang lalu, kami telah mengisi masa cuti kami sekeluarga dengan bersiar-siar di Putrajaya. Kami telah memulakan perjalanan dengan menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Masjidnya memang cantik dan tersergam indah. Banyak juga gambar-gambar yang telah sempat kami rakamkan ketika berada di sana.
Kami telah berkesempatan menyempurnakan Solat Asar kami di sana.
Sebaik sahaja selesai Solat Asar kami terus sahaja meneruskan perjalanan kami bersiar-siar di pusat membeli belah di Alamanda, Putrajaya.
So, jom sama-sama kita saksikan gambar-gambar yang telah sempat kami rakamkan ketika berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan