Khamis, 8 September 2011

Gunting Rambut Sebelum Raya & Berbuka Puasa

Pada 27 Ogos 2011, kami telah membawa ketiga-tiga putera hati kami iaitu Danish Amri, Dhafir Amri dan Dzaqwan Amri ke Rosa Salon di Senawang, khusus untuk mengguntingkan rambut mereka yang telah mula menebal. So, dapat kita kemaskan sikit rambut mereka agar nampak kemas semasa pagi raya nanti. Alhamdulillah, ketiga-tiganya berjaya digunting rambut mereka tanpa ada sebarang insiden dan mereka dapat mengekalkan disiplin mereka semasa menggunting rambut.

Kemudiannya pada 28 Ogos 2011 pula kami telah beramai-ramai bersama dengan anak-anak Mak Long Samsiah, berbuka puasa di rumah Ibu Mertua saya di Kg. Panchor. Memang bestlah kan, makanan banyak. Nasi, lauk-pauk (terutamanya sardin pedas), roti John dan sebagainya, memang meriah masa waktu berbuka tu.

So, marilah sama-sama kita saksikan!!!Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: