Rabu, 7 September 2011

Gotong-Royong Sembelih & Menyiang Lembu 'Mantai'

28 Ogos 2011 : Satu program gotong royong menyembelih dan menyiang lembu telah diadakan sempena 'mantai' Hari Raya Aidil Fitri, seramai 25 orang telah berkongsi bahagian bagi mendapatkan daging lembu. Daging-daging ini akan dibahagikan kepada 25 bahagian dan ada juga yang mahukan agar bahagiannya disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Suami saya juga telah turut mengambil satu bahagian daripadanya. Setiap satu bahagian perlu membayar RM 100, memandangkan lembu tersebut berharga RM 2,500.

Kami telah sempat merakamkan gambar-gambar ketika kerja-kerja tersebut dilaksanakan.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: