Ini adalah gambar-gambar pada awal pagi 10 September 2011 di rumah Induk di Seksyen 25, Shah Alam. Masa ni kami baru je selesai bersarapan Makaroni Goreng di rumah Induk. Sebenarnya, kami sampai pada jam 2.00 pagi malam sebelumnya sebaik sahaja selesai berhari raya di rumah Bang Long saya di Kota Damansara.
Lama betul kami berbual-bual dengan Bang Long dan Kak Long di Apartment Salvia, Kota Damansara... sebab tulah lambat sampai kat rumah Induk. Kesian Induk, nak-nak pulak, Induk kerja pulak. So, lepas habis layan kitaorang terus je Induk pergi kerja.
Apa-apa pun terima kasih banyak Induk. Suami saya memang rapat gak dengan Induk ni, sebab masa dia belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Shah Alam dulu, dia duduk dengan Induk ni lah.
Dengan ini, jomlah kita tengok beberapa gambar yang telah sempat di rakamkan pada awal pagi tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan