Isnin, 19 Julai 2010

Ubahsuai Halaman Rumah ( Pemasangan Awning)

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia buat semua...
.
Alhamdulillah, hasrat saya dan keluarga untuk mengubahsuai halaman rumah hingga ke peringkat pemasangan awning, akhirnya berjaya juga diselesaikan. Sebagaimana yang sedia maklum, sebelum ini pada 18 Januari 2010, saya telah mengubahsuai halaman rumah dengan membuat pagar baru serta memasang jubin/tiles. Ini bagi membolehkan dua kereta boleh diletakkan di dalam kawasan rumah.
.
So, kini beralih pula kepada pemasangan awning di hadapan rumah bagi mengurangkan cahaya panas matahari di halaman rumah. Mr Wong dari Nilai 3 merupakan kontraktor pilihan bagi membantu menyelesaikan projek ini. Sebelum ini Mr Wong juga adalah kontraktor yang bertanggungjawab memasang 'pagar baru' sebelum ini. Saya juga memilih beliau untuk memasang awning di hadapan rumah.
.
Sepatutnya, sebaik sahaja siap pagar dipasang Mr Wong akan terus sahaja memasang awning... tetapi disebabkan terlalu banyak terlibat dengan projek-projek kerja besi yang lain, maka hasrat saya ini telah tertangguh beberapa bulan. Saya sendiri telah pergi meninjau di kilang milik Mr Wong, sememangnya besi awning dan lain-lain telah pun siap, cuma memerlukan masa yang sesuai untuk pemasangan.
.
Namun, ini tidaklah menyebabkan saya pergi mencari kontraktor lain, kerana sememangnya benar Mr Wong sibuk tetapi disebabkan saya menyakini hasil kerja beliau maka saya tetap menanti masa Mr Wong yang sesuai untuk tujuan pemasangan awning ini.
.
Kerja yang ditunjukkan memang berkualiti dan cekap. Hasil kerja yang bagus dan teliti. Kerja-kerja pemasangan awning in telah diketuai oleh En Ah Fatt (pekerja Mr Wong) dan dibantu oleh 4 pekerja yang lain. Melihatkan kepada hasil kerja, sememangnya saya berani menggalakkan orang lain agar turut berurusan dengan Mr Wong ini.
.
Akhirnya pada 23 Julai 2010 yang lalu, sekali lagi rumah No. 3, Jalan D'areca 4 berubah wajah dengan pemasangan awning ini.
.
Berikut saya kongsikan bersama anda proses mula pemasangan awning sehingga ke akhir untuk tatapan anda.
.

Ini rupa bentuk asal halaman rumah sebelum diubahsuai pada 18 Januari 2010

Rupa dari hadapan rumah selepas selesai pengubahsuaian (pemasangan pagar & pemasangan tiles) pada 18 Januari 2010
.
Berikut kita sama-sama lihat kerja yang dijalankan pada 23 Julai 2010 Kerja dimulakan seawal jam 10.00 pagi
Rangka-rangka besi di'welding'kan sebelum dinaikkan
Besi-besi disusun seperti dirancangkanBesi-besi yang telah dicantum akhirnya dinaikkan
Beginilah rupanya setelah rangka bumbung untuk awning dinaikkan
Polycarbonate Awning dibentangkan sebelum diukur untuk dinaikkan
Bumbung dinaikkan sekeping demi sekepingBekas untuk meletakkan tong sampah turut disiapkan
Memang ngam dengan saiz tong sampah yang ada
Pengukuran dilakukan dengan cukup berhati-hati
Bumbung polycarbonate turut dinaikkan dengan teliti dan cukup berhati-hati
Ah Fatt mengawal dari bawah...
Siap sekeping dinaikkan
Kini kepingan kedua juga telah dinaikkan
Kini, pengukuran sebelum menaikkan kepingan polycarbonate yang ketiga
Pengukuran perlu dipastikan mengikut apa yang telah diukur diawal tadi
Diukur berkali-kali bagi mengelakkan kesilapan
Akhirnya kepingan ketiga pula dinaikkan

Kini, ukuran untuk kepingan yang keempat pula

Kerja pemasangan skru bagi mengukuhkan lekapan awning pada rangka besi
Finishing yang terbaik dititikberatkan!
Merakamkan gambar dari sebelah tepi rumah jiran
Pandangan dari dalam rumah
Kelihatan Ah Fatt di atas rangka memeriksa setiap ruang yang telah disiapkan, bimbang jika ada sebarang kekurangan!
Beginilah rupanya setelah selesai kerja pemasangan
Disamping itu, ada juga kerja-kerja menacap semula cat pagar yang sudah mula pudar akibat hujan sebaik sahaja pagar ini siap pada bulan Januari yang lalu
Memang menarik dan sangat berpuashati!!!
Suasana redup di bawah awning yang telah siap!
Akhirnya, inilah penampilan 'baru' bahagian halaman rumah kami. Memang cantik dan menarik!!
.
Begitulah tadi yang dapat saya kongsikan bersama anda. Saya sememangnya berpuashati dengan hasil kerja yang ditunjukkan serta pasti akan mencadangkan nama kontraktor ini kepada orang lain juga.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail

20 ulasan:

asma berkata...

salam, boleh saya dapatkan number mr wong tu tak? terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

rendahnyee

pejoy berkata...

brapa kosnya tuan?no contactnya?

wardah berkata...

encik,sy pun nak mintak jugak no contact kontraktor tu...

harita_hadraw@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

mmmm... air hujan ke mana yek?? jiran tak marah ke air hujan kita masuk ke laman mereka.... mesti dah berbakul jiran marah.....

Fauzi berkata...

Mr Wong sy mau jual barang...You mau beli tak...mesti tak mau kan...sebab sy org Melayu maa...
Tp org Melayu mesti rekemend org cina walaupun org cina tak pernah nk membantu org Melayu...Lagikan hak Melayu pun dia nk tuntut dan hapuskan...
Kesiannya bangsa Ku...

zaharuddin zainol berkata...

aaaaa... kenapa saya nampak macam rendah sangat?

Tanpa Nama berkata...

Fauzi,

Saya setuju dengan anda. org cina x akan beli dari melayu...tetapi byk sebab juga kenapa org melayu lebih suka beli dgn org cina.

1. ada sesetengah peniaga melayu yg takut nak kurangkan harga walau sedikit. sbg contoh, saya pernah tanya nak buat awning. peniaga melayu letak harga 1700, peniaga cina letak harga 1400.... bila minx kurang, peniaga masih blh kurang 100-200. tapi peniaga melayu x nak kurang langsung. rm50 pun jd lah. x kan rugi terus. x mungkin dia ambik untung rm50 jer kan?

2. pembeli melayu ramai yang x mampu nak beli mahal2. jadi maybe disbbkan keadaan pasaran yg membolehkan peniaga cina jual pada harga murah, jadi ramai yang beli dari peniaga cina.. tapi masalah kepada pembeli melayu yang banyak duit dan mampu, masih x nak beli dari peniaga melayu yang terpaksa menjual mahal. walaupun byk duit, masih nak cari yang murah2 juga...

3. kebanyakan peniaga cina akan jaga kualiti. lebih2 lagi dia tahu yang anda 1st time beli dgn dia sbb dia nak anda dtg balik. tapi peniaga melayu time tu jugak nak perah duit sehabis2nya..

saya pernah membeli perabot (meja makan, almari, rak tv, tilam) dari peniaga melayu yang kedainya sepanjang masa memainkan ayat2 al-quran. bila barang2 sampai, 4 dari 6 kerusi meja makan senget dan x boleh duduk, almari terkopek dinding, rak tv x sama dengan apa yang saya order...yang elok cuma tilam sahaja. bila saya mintak tukar.....peniaga tersebut marah2 dan ckp dia dah rugi jual kat saya, sbb byk kurang.... sejak dari hari itu, saya insaf nak beli dgn peniaga melayu...kalau nak beli pun, barang2 yang biasa2 mcm barang2 runcit atau kedai makan... bila melibatkan belanja2 besar... sorry.....bukan x pernah, tapi dah serik.

Tanpa Nama berkata...

Beli dengan org Islam satu jihad

heder satilan berkata...

UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

mr. nawie berkata...

boleh emailkan no mr wong tu tak?

mr.nawie@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

boleh email saya contact number mr.wong..
email:norhidayah@cp-malaysia.com

Tanpa Nama berkata...

salam...bole sy dapatkn no tel mr wong awning..terima ksih

Tanpa Nama berkata...

salam...bole sy dapatkan no tel mr wong..ame@yahoo.com.my...teme kasih

mohd nizam ismail berkata...

untuk sekitar daerah kuantan pihak kami sedia perkhidmatan pemasangan awning / atap polycarbonat...tel 014 8160 934 untuk keterangan lanjut dan sebut harga percuma....

mni jati enterprise
014 816 0934

nuraida berkat berkata...

salam bukan nak diskriminasi ke hape,,sebagai peniaga saya cuba nak berkongsi sikit...kenapa mesti nak memilih org cina yer,lagi satu bab harga sebenarnya,supplier banyak bangsa cina,,mintak maaf lah yer penah berlaku depan mata bila saya mintak kurang dgn supplier sebab klien melayu saya nak murah,,so saya bagi lah murah,tetapi kualiti tetap sama,bila saya mintak kurang harga haram nak dikurangkan dan lagi satu lak saya ni kira dah selalu angkat barang dengan supplier cina ni,tapi bila bangsa dier mintak diskaun kaw2 dier bagi,kite yang melayu ni kene katok,,,lagi satu la saya nak pesan yer,,,jgn terlalu yakin dengan diorg sebb ikut pengalaman saya lah yer,diorg ni tau buat tapi kesan dan akibat x ambik port janji dier untung ...ha so kepada klien2 melayu jangan la pandang rendah dengan kontraktor melayu kita sebab kitemajority ekonomi kita dikuasai bangsa cina,,,seeloknya try dulu baru komplen...sebb sy pown kontraktor gak,,pengalaman kene sailang projek ni dah lali,,,just nak berkongsi ada eloknya percaya kan kapabiliti bangsa melayu kita sebb nak belajar buat kerja2 berkualiti bukan senang,,dan kebanyakan nye x selalu untung sebab bukan bangsa melayu je nak murah,cina,india dan segala bangsa yang duduk kat malaysia ni nak murah,,sekian salam

Tanpa Nama berkata...

Salam. Bleh share no mr wong x? Emel sy missy_zaidah2202@yahoo.com. Bg pandangan jujur sy berkenaan plh melayu or cina..pengalaman dgn melayu agak mengecewakan. Sblm pindah sy reno rumah..plster ceiling yg sy wat dlu n sy ambik melayu brbanding cina. Keje siap tapi trlalu bnyk kos tersembunyi.. Mula2x xckp psl kos ne..bila tgh psg bnyk la tmbhn duit die nk..trpksa bagi kalu x keje xsiap. Lepas tu..nk cuci rumah sewa before pindah, sy cri melayu juga tapi amat mengecewakan, janji 330pm nk buat smpai jam 530 sy tggu n keep cll xangkat ( mungkir janji). Hal ketiga, cari melayu utk psg aircond tapi psg asal jadi jer.. Econ xsejuk. Trpksa panggil cina dtg utk btolkan baru elok. So skrg sy nk cr cina sj utk buat reno rumah ne. Bukan xbg peluang utk org melayu..tapi sbgai pembeli/pengguna kita ada hak untuk memilih..kuasa duit d tgn pembeli so pilih la yg elok. Jgn menyesal mcm saya..huhu. Peace no war!

rosnani yahya berkata...

boleh bagi tak no pembekal awning tu.. rosnaniyahya158@gmail.com ..nampak cantik rumah awak

cahya berkata...

salam tuan umah..boleh ke saya nk no.phone pembekal awning polycrbonate tu..cantik lh..x lut cahaya kn.. email sy di minda_prisma@yahoo.com ye..tQ

Muhammad Zulfadhli berkata...

Assalam..sesiapa yang berminat untuk membuat renovation rumah,tiles,kabinet dapur,mengubahsuai kiosk,kedai-kedai atau booth pameran,awning (semua dlm 1) hehe..harga berpatut-patut di area melaka,seremban,kl dan selangor boleh jenguk2 kat blog saya..Zul-0196300136/zulsweethome28@gmail.com atau ke blog saya- shrenovation.blogpsot.com....Jangan lupe follow blog ye..Terima kasih