Isnin, 19 Julai 2010

Jom Makan Char Koay Teow di Puchong!!

Terkenangkan nostalgia lama. Sejak dari tahun 2000, ketika saya masih menuntut di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, seringkali saya menikmati hidangan istimewa Char Koay Teow yang istimewa di Puchong. Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya akan ke sana. Tempat ini diperkenalkan oleh Busu saya yang tinggal di area Shah Alam.
.
Saya ni pun asalnya bukanlah seorang yang gemar sangat makan Char Koay Teow (CKT) ni. Tapi lepas dah rasa... memang tidak terjangkau kelazatannya. Ini diakui oleh ramai orang termasuk beberapa orang saudara-mara saya dan juga tidak ketinggalan isteri saya.
.
Semenjak saya habis belajar, dah bekerja dan tinggal di Seremban jarang-jarang sekali saya ke sana lagi bagi menikmati CKT ni. Tapi ada jugaklah sekali sekala kalau saya berkesempatan berkursus atau ada hal di area Shah Alam, saya pasti akan cari ruang untuk makan CKT di sana.
.
Baru-baru ni saya menerima berita daripada Busu yang tempat makan CKT dan tutup. Dah beberapa kali Busu pergi tetapi memang tutup. Tak beroperasi lagi katanya. Sampai kerusi meja pun dah tak ada. Memang 'frust' betul saya bila mendengar perkhabaran ini.
.
Mungkin anda yang membaca artikel ini akan bertanya, "sedap sangat ke char koay teow dia ni". Jawapannya memang sedap. Macam-macam tempat saya dah cuba dan memang tiada tandingannya. Saya dah cuba Juara Char Koay Teow di Senawang, Char Koay Teow special di Taman Matahari di Senawang, Char Koay Teow setiap pasar malam, tempat-tempat lain di Klang, Kuala Lumpur dan merata-rata di Seremban...Memang tak ada tandingannya. Kebanyakan Char Koay Teow siap kata dia punya CKT memang original Pulau Pinang tapi hakikatnya... rasa memang out!
.
Tetap tak boleh lawan Char Koay Teow Puchong. Percayalah.
.
Pada 17 Julai 2010 (Sabtu) yang lalu saya telah ke Shah Alam (rumah Busu). Kat sana saya kata nak cubalah tengok-tengok kalau Char Koay Teow tu dah bukak. Saya ke rumah Busu sebab ada sedikit perbincangan berkaitan family day yang bakal berlangsung pada 6 - 8 Ogos 2010 nanti. So, Busu ata kalau bukak jangan lupa telefon dia, Berbekalkan harapan yang tinggi saya dan keluarga saya telah menuju terus ke Puchong.
.
Alangkah bersyukurnya kerana kelihatannya Char Koay Teow yang memang menjadi tumpuan ramai sejak sekian lama kini telah kembali dibuka. Ketika saya berbual dengan salah seorang pekerja gerai Char Koay Teow ni, beliau mengakui yang tempat ni dah lama ditutup. Tetapi kini dah dibuka semula di bawah pengurusan baru! Saya pun apa lagi terus cuba! Memang sah rasanya dan kelazatannya masih kekal macam dulu. Cuma kuantitinya dah semakin sedikit nampaknya (mungkin sebab barang mahal kot). Apa pun CKT yang dicari-cari kini telah kembali ditemui.
.
Kalau tidak disebabkan dah makan banyak ayam golek kat rumah Busu, tentu kami bertambah-tambah makan CKT. Apa-apa pun kepada anda yang nak mencuba dipersilakan. Percayalah cakap saya, CKT kat Puchong ni memang best gilerr!!!!
.
Dan kalau nak confirmkan sebelum ke sana boleh call gerai ni di talian 013-3773293 (Fairuz/Adik). Manalah tau takut datang jauh-jauh, tiba-tiba tutup lak kan!
.
So, selamat menjamu selera diucapkan. Wassalam.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
.
Anakanda saya Dzaqwan yang turut bersama menikmati Char Koay Teow Puchong special!!
Pengurusan Char Kuay Teow yang baru di bawah nama Malinja Char Koay Teow
Danish Amri dan Dhafir Amri yang turut menyertai santapan istimewa ini
Char Koay Teow yang telah siap diselesaikan!
Akhirnya kami pulang dengan penuh gembira. Dzaqwan mulai terkulai layu setelah kepenatan sepanjang hari berjalan dan makan!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedap nie subjektif, ada yang cakap tempat tu sedap tapi orang lain cakap tak sedap. Sebab selera masing masing kan. Tapi dah cuba koay teow kerang kat Taman Jasmin? Yg nie koay teow kerang ya, bukan char koay teow..try leer dulu..kot kot memenuhi citarasa ker..

Tanpa Nama berkata...

lokasi detail pls...puchong ada berpuluh2 ckt..

Tanpa Nama berkata...

Salam, kat puchong Prima ada lg satu ckt yg boleh tahan mengancam. Depan pasar raya otk tepi jalan... Hj Joe ckt rak salah. Mmg favorite saya. Kat sebelah ckt boleh cuba nasi kukus kelantan pun sedap

Sham berkata...

Salam semua..kat pasar malam kat umah saya ada sorang peniaga char koay teow yang x kurang hebatnye ..klau tengok telor yg di bawak takut bro 10 papan udang satu baldi mcm x percaya tapi iTu la hakikatnye org yg membeli jgn cakap la memang ramai giler
Klau x percaya korang bleh tengok sendiri kat pm pinggiran batu caves

Tanpa Nama berkata...

Ada tempat baru yg sgt sedap di uptown puchong permai. Nama dia Feri Char Kuey Teow. Ada macam2 jenis ckt. Ada udang, sotong, ketam dan ckt buah pun ada. Tapi yg paling saya suka ckt udang galah dia. Sedap berbaloi baloi ! .setakat 2 minggu ni dah lebih 5 kali saya makan kat situ. Sampai menjilat sudu :-)