Ahad, 7 Februari 2010

Ubah Suai Halaman Rumah Di Taman Bandar Senawang

Semenjak mendiami rumah di No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang, rekabentuk pagar hadapan rumah telah mengakibatkan ruangan letak kenderaan agak terhad. Tambahan pula kawasan tepi halaman telah dihias dengan pokok, dan beberapa bungaan bagi tujuan pembinaan Landskap mini. Maka ini telah mendatangkan masalah untuk meletakkan dua buah kereta sekaligus. Disebabkan kami ada dua biji kereta iaitu Proton Wira dan Grand Livina maka kami tidak boleh meletakkan kedua-duanya sekali melainkan disusun lurus dengan kereta yang berada di hadapan perlu diasak hingga di hadapan pintu masuk rumah.
.
Kereta tidak boleh disusun sebelah menyebelah disebabkan oleh rekabentuk. Oleh yang demikian satu keputusan telah diambil oleh saya dan suami saya untuk mengubahsuai hadapan tembok pagar rumah bagi tujuan ini supaya kenderaan dapat diletakkan di dalam kawasan rumah dengan selamatnya.
.
RUPABENTUK ASAL
.
Beginilah keadaan asal di hadapan rumah
Pokok yang ditanam di tepi mengecilkan lagi ruang untuk letak kereta
Bentuk landskap yang telah dijaga sejak sekian lama
Pemandangan dari dalam kawasan rumah
Pemandangan dari luar
.
KERJA-KERJA UBAHSUAI
.
9 Januari 2010
.
Dimulakan dengan kerja memecahkan tembok pagar serta mencabut segala tanaman dan rumput
Kerja yang mengambil masa dua hari bagi memastikan keadaan tanah benar-benar kukuh untuk diletak simen dan tiles
Kerja memecah masih lagi berlangsung pada 9 dan 10 Januari 2010
Keadaan yang mengakibatkan rumah bersepah, berdebu dan penuh habuk
.
11 Januari 2010
.
Tanah yang telah dikorek siap sedia untuk disimen
Ruangan tengah yang telah disimen
Tembok yang mula dipacakkan
Tembok mula dipasang dan dikukuhkan dengan simen dan batuMasih ada baki-baki simen lama yang belum dipecahkan
Keadaan setelah selesai dipecahkan
Menyimen di bahagian tepi
Kerja-kerja meratakan simen hampir ke penghujungnya
Perlu diratakan bagi menjamin kekukuhannya
Setelah siap disimen, ditutup bagi mengelakkan terkena hujan
Rupa setelah selesai kerja pada 11 Januari 2010
Bahagian luar yang turut disimen juga ditutup
.
12 Januari 2010
.
Kerja-kerja memasang tile pun bermula
Tile dipasang oleh yang pakar sahaja. Bukan semua orang ada kemahiran ini
Yang lain berehat seketika sementara memerhatikan kerja pemasangan tile
Diketuk dengan belakang tukul baki memampatkan tile dengan simen
Bahagian tepi tembok disimen semula agar kelihatan lebih kemas

Tembok simen yang asalnya bengkok telah diluruskan bagi memudahkan pergerakan masuk kenderaan
.
13 Januari 2010
.
Beginilah rupanya setelah siapKeadaan hadapan rumah sebelum kerja-kerja mengecat
Kerja-kerja mengecat dimulakan
Ini bagi memastikan warnanya 'naik' serta menyerikan lagi pemandangan hadapan rumah
Serinya sudah mula kelihatan
.
14 Januari 2010
.
Sebaik sahaja selesai kerja mengecat, kami telah mengambil keputusan untuk membina Landskap mini di sebelah kanan halaman yang masih mempunyai ruangan. Walaupun agak kecil namun cukup untuk menyedapkan mata yang memandang. Sudah tentu ada 'kos' yang terlibat
.
Pemandangan daripada dalam
Kelihatan bunga dan pokok yang ditanam disebelah kanan halaman rumah
Warna-warna terang yang menyegarkan
Disamping itu turut ditanam rumput 'karpet' bagi menghijaukan suasana
Kelihatan anggun dan menarik
Di antaranya ada pokok-pokok yang sempat diselamatkan ketika kerja-kerja awal dilakukan untuk ubahsuai rumah tempoh hari
.
Setelah beberapa hari menanti akhirnya pada 18 Januari 2010, pagar rumah yang dinanti akhirnya dipasang dihadapan rumah bagi melengkapkan binaan yang dihajatkan.
.
18 Januari 2010
.
Pagar yang juga berwarna putih telah dipasangSerba putih... memang kelihatan eksklusif!
Pemandangan dari dalam rumah
Kali ini kereta memang dah boleh masuk di kiri dan kanan
Corak pagar yang seakan-akan rekabentuk grill pintu dan tingkap di dalam rumah
Design yang simple dan menarik
Pemandangan dari luar rumah
Pemandangan setelah pagar siap dipasang
Amacam? Menarik tak? Itulah yang mampu kami buat untuk rumah setakat ini. Insya Allah beberapa minggu lagi siap pula awning di hadapan rumah. Nanti bila dah siap awning saya akan kongsikan gambarnya bersama anda. Insya Allah...
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan tanah,
Berapa yek kos buat ubahsuai laman tu...ingat nak wat gak ler. Umah saya kat jln d'areca 3

Tanpa Nama berkata...

as salam...boleh mintak contact person contractor yg buat grill umah puan x?sms ke num hp sy: 0132921923 boleh?TQVM

Tanpa Nama berkata...

kita rasa corak tile baru ngan sedia ada kurang menawan sikit,kenapa tak diseragamkan .pintu pagar cantik.

Tanpa Nama berkata...

assalam saya tiap tiap hari lalu depan no 3 jalan d areca 4 ni sbb saya pun dok situ kenal x?? no 25 jalan d areca 4 ..... hahahahahah apepun sis ...u memang got taste mmg santik n good idea for our unit yang agak kekangan for 2 vehicle parking... nanti i followwww ok!!!
diana..

Tanpa Nama berkata...

knapa tong sampah xde? sy ad tengok umah kat 81, d'belsa 3, die pecah gak tembok nk besarkan porch tu.tp tong tu dia ketepikan.

nensa1978 berkata...

nak tahu juga harga kos ubahsuai ini dan phone no kontraktor nya

Tanpa Nama berkata...

saya rasa pun menarik jg...warna putih menampakkan ruangan yg lg besar...biasalah besar2 umah tmn...nak lg besar beli umah kmpg yg ada tanah.opp...kos berapa kena???????????

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..dinding kiri-kanan+tembok+pagar = total berapa ya...saya bru beli rumah,nk tnye untuk kira bajet,,tlg bgtau sy anggaran dan kos puan..email sy mohdsafwan5315@yahoo.com
tqvm

Tanpa Nama berkata...

Kos semua dalam RM35k

Tanpa Nama berkata...

biar betul kosnya 35k. kira2 pun lebih2 dalam 10k jea tu. kalau 35k dah kena tipu ngan kontraktor tu..

maria_KL berkata...

saya pun x percaya 35k, mcm extend dapur 20 kaki pula. senawang pula tu, kalah KL. saya ingat below 10k sbb x berbumbung dan x full tile..still remain sedia ada..

Tanpa Nama berkata...

kena kencing 35K

Tanpa Nama berkata...

sayangnyaa.. tanah tu yang ada..disimen semua..kalau saya,saya tak simenkan..lagi nampak cantik..boleh tanam pokok pokok bunga..adohaiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah...mahalnya... Kenapa x tanya 2-3 tukang utk compare harga, kalau bole x perlu cr kontraktor hanya cari tukang...leebih jimat...nak jimat lg hanya deal harga uph je... Suruh tukang buat list brg nk beli so kite g beli kat kedai hware lgi murah...

Amir renovation berkata...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Amir renovation berkata...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

faizal Pasir Mas berkata...

Moga dipermudahkan....

Zainal berkata...

Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

Tanpa Nama berkata...

Salam...kepada yg nak renovate rumah boleh lah call sy...0196886431 ajoy...harga boleh bincang...sy biasa buat kerja di senawang dan seremban...tq