Kali ini dikongsikan pula beberapa gambar kenangan lama ahli keluarga Rais yang sempat dikumpulkan. Kepada mana-mana ahli keluarga yang ingin gambarnya dipaparkan, boleh emailkan kepada raisnasian@yahoo.com. Insya-Allah nanti, saya akan siarkan. Kalau boleh buatlah write-up sikit supaya nanti kita tahu gambar lama tu gambar siapa dan tengah buat apa.
. Ini gambar Arwah Abah, dengan geng-geng masa bekerja di Kilang Dunlopillo dulu
Lagi gambar Arwah Abah dengan rakan-rakan
Rasanya mesti time ni tengah ada function hi tea kot!
Lagi gambar Arwah Abah dengan rakan-rakan
Rasanya mesti time ni tengah ada function hi tea kot!
Arwah Abah bersama rakan-rakan pelbagai latarbelakang bangsa dan keturunan
Bergambar dengan trofi. Rasanya mesti hadiah takraw. Dah tak ingat dah. Seingat saya dulu banyak piala takraw Abah.
Hah ni, geng sparring takraw Abah di kilang Dunlop. Yang barisan depan, kiri sekali tu, Pak Long Rasah.
Lagi gambar bersama team takraw. Barisan depan, dua dari kanan, Pak Long Rasah
Gambar Abah rileks kat pangkin di Rasah
Gambar Abah rileks kat pangkin di Rasah
Yang berkopiah putih, tengah makan menhadap ke sini tu Arwah Atuk Lebai Alias
Nampak tak mana satu muka Mak Usu?
Nampak tak mana satu muka Mak Usu?
Gambar Arwah Abah, bersama dengan Mak dan kembarArwah Abah dengan Mak
Gambar Hafiz dan Fadzly mandi sungai di Kg. Ayer Dedali, Batu Kikir. Hafiz dah ready membuat terjunan nyamuk tiruk!!
Arwah Abah bersama-sama dengan geng-geng Kg. Batu Kikir
Dari kiri; Hafiz, Kakak Kembar, Fadzly dan Adik Piji
Hafiz di majlis Konvo Tadika KEMAS Kg. Pancor. Dibelakang dia, Abah.
Adik Piji dipegang oleh Arwah Atuk Rais. Masa ni Atuk dah sakit, dan terlantar di rumah di Pancor
Gambar Atuk yang sedang sakit, tetapi masih sempat melayan karenah Nira
Kakak Kembar, mencium tangan Arwah Abah. Keciknya, comelnya.... tetapi sekarang?
Hah.. ini gambar gempak! Pak Tam dengan geng-geng asrama di SM Batu Kikir!
Ini gambar Apak yang dah ready nak berpencak silat di Kg. Sungai Buloh. Pakai rantai yang tak tahan tuh!
Ini gambar ni, nampak gayanya macam Pak Ngah tengah di akad nikah kan. Kalau ye, best betul nikah kat atas kerusi... mintak Pak Ngah respon!
Ni nampak macam Pak Tam, masuk team nasyid je!! Ke team acapella?
Jangan tak tau! Ini gambar Mak Long masa muda. Perggghhh... daring gilerr!
Jangan tak tau! Ini gambar Mak Long masa muda. Perggghhh... daring gilerr!
Empat dari kiri, Kak Lang Alin nyanyi lagu nasyid dengan geng tadikaHabis je lagu nasyid, Kak Lang Alin (dua dari kiri) sambung dengan Dikir Barat pulak! Macam tak caya je!!
Kiri sekali rambut macam David Arumugam tu Along Nazaruddin. berdiri kat depan tu Kak Lang Alin dan yang kanan sekali berdiri tu si AngahIni Along Nazaruddin dengan posing muka 'budak baik'
Inilah dia Apak Sidek di atas katil asramanya.
Apak Sidek dengan geng-geng sekolahnya Apak Sidek bergambar dengan geng-geng di dewan makan sekolah
Gambar lama di kampung Sungai Buloh
Yang kecik tu dari kiri kat Mak Long tu, Abang Iza, budak perempuan tu; Kak Lang Alin. Yang tak berbaju tu, tentulah Fadzly, dan yang dengan baju tidur belang-belang tu, sayalah!
Abah dengan Mak bergambar dengan barang hantaran masa hari kahwin Pak Ngah dengan Mak Ngah
Wan dan Mak Long di rumah Pancor. Ha ni boleh nampak la sikit-sikit 'pattern' rumah asal Pancor
Hafiz, Adik Piji dan Kakak bergambar dengan Mak
Hafiz bergambar di hadapan barang hantaran kahwin Apak Sidek rasanya nih!
Saya duduk di pangkuan Induk Suli (Batu kikir), dan yang memerhatikan kamera tu pulak Induk Md. Zin (Batu Kikir). Abah pulak yang duduk di sebelah kanan sekali
Dari kiri; Pak Long Abas, Abah (sambil memegang tangan saya), Mak saya dan Mak Long Samsiah. Budak perempuan tu pulak, dah tontulah Kak Lang Alin!
Abah yang sedang makan sambil mak memapah saya untuk masuk tidur
Yang sedang ketawa tu Cik Milah. yang berbadan besar tu pulak saya panggil 'Ayah' je. Yang mendongak memandang kamera tu.. Fadzly. Boleh nampak dah, pattern asal rumah Pancor.
Dari kiri; Fadzly (berdiri), Induk, Hafiz, Faiz (Anak Cik Manap), saya dan Firdaus (Anak Cik Manap gak)
Hujung sekali (kat meja berambut panjang tu) Apak Sidek, lepas tu diikuti dengan saya, Abah dan seterusnya kawan-kawan kat tempat kerja Abah di Dunlop. Hah, ini pun boleh tengok pattern asal rumah Pancor.
Mak Usu sedang mandikan Adik Piji dalam besen. Tapi kalau hari nilah, tong besar tu pun dah tak muat dah!
Saya, Nira dan Hafiz
Saudara-mara dari Dengkil yang datang ke majlis kahwin Apak Sidek semasa di Pancor
Kelihatan Arwah Atuk Rais rancak berbual dengan saudara mara. Mesti dalam bahasa Jawa tu.
Adik Piji dan Kakak ketika baru keluar daripada wad (ketika baru sampai kat rumah setelah dilahirkan)
Kelihatan Arwah Atuk Rais rancak berbual dengan saudara mara. Mesti dalam bahasa Jawa tu.
Adik Piji dan Kakak ketika baru keluar daripada wad (ketika baru sampai kat rumah setelah dilahirkan)
Yang kiri Kakak dan yang kanan Adik Piji
Memang tergezut gak masa balik rumah tengok ada dua. Kecik sangat masa tu. Macam tak caya hari ni boleh besar macam 'giant'. He he... jangan marah ya... gurau je
Kakak dan Adik Piji bergambar di pintu pagar rumah
Kakak dan Adik berselimut di katil saya (dululah)
Adik Piji dan Kakak di sisi katil Atuk Rais. Salah satu kegemaran Adik Piji adalah mengusik button radio tu.
Adik Piji dan Kakak bersama Mak ketika melawat ke zoo Melaka. Nampak tak Kakak menangis? Masa ni beruk kat dalam kandang tu tengah pegang kaki kakak. mak tak perasan. Tu yang melalak tu!
Kakak dan Adik berselimut di katil saya (dululah)
Adik Piji dan Kakak di sisi katil Atuk Rais. Salah satu kegemaran Adik Piji adalah mengusik button radio tu.
Adik Piji dan Kakak bersama Mak ketika melawat ke zoo Melaka. Nampak tak Kakak menangis? Masa ni beruk kat dalam kandang tu tengah pegang kaki kakak. mak tak perasan. Tu yang melalak tu!
Ni gambar masa jadi johan kebangsaan Pidato Kenegaraan. Bergambar bersama peminat... dulu-dulu je...
Lagi gambar yang dirakamkan. Tak silap saya pertandingan peringkat kebangsaan ini berlangsung di Ipoh, Perak pada tahun 2000.
.
Begitulah tadi Album Kenangan Lama....2. Harapan saya dapat mengembalikan semula nostalgia lama. Kalau ada gambar-gambar lama lagi yang nak dikongsi... boleh, jangan lupa emailkan kepada saya. Insya Allah akan disiarkan dengan segera.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan