Ahad, 7 Februari 2010

Album Kenangan Lama....1

Assalamualaikum semua,
.
Rasanya, hari ini terpanggil pulak saya untuk berkongsi pelbagai gambar-gambar lama untuk tatapan semua. Sebenarnya ada banyak lagi gambar lama. Tetapi, buat masa ini biarlah ini jadi permulaannya. Harapan saya, gambar-gambar ini dapat membangkitkan kenangan lama dan nostalgia dulu kala....
.
Tetapi harapan saya janganlah dikutuk-kutuk pulak! Almaklumlah banyak gambar lama, dan mungkin penampilan banyak beza....
.
Inilah wajah saya semasa kecil
Beraksi di bawah pepohonan manggis di rumah lama di Rasah (Kg. Chedang)
Saya ketika didukung oleh Allahyarham Datuk saya iaitu Allahyarham Lebai Alias bin Wahab
Di dukung oleh Allahyarham Ismail bin Lebai Alias (abah saya)
Bergambar bersama Kak Lang Alin (sepupu saya)
Di dukung oleh Ibu saya (Hasnah Rais)
Bersama ibu saya
Bersama dengan Narul Azila (adik beradik mak lain bapa asing). Sebab dia panggil ayah saya "ABAH" dan saya pulak panggil ayah dia "AYAH"
Lagi gambar bersama Narul
Barisan belakang; Kak Ida (Rasah), Induk Shima (Batu Kikir), Ateh Rohana (Batu Kikir). Barisan hadapan; Saya, Rusni (Rasah), Julie (Batu Kikir), Induk Sham (Batu Kikir) dan Ayoi (Batu Kikir)
Bergambar di rumah Mak Long Rasah. Masa ni baru Tingkatan 1
Dari kiri; Hafiz, saya dan Che Fakhrurazi. Masa ni tengah sibuk buat Kajian Sejarah Tempatan masa bersekolah kat SMAP Labu dulu masa tahun 1991. Ni masa ni tengah kaji Masjid Negeri di Seremban.
Berghambar di luar bangunan Perpustakaan Awam di Seremban. Masa ni tengah cari bahan untuk kajian sejarah tempatan
Masa ni ... suasana di bilik Al-Maturidi di SMAP Labu. kat belah kanan tu, yang pakai kopiah, namanya Hasryzal. Member sebilik. Sekarang dah jadi lawyer di Tetuan Hanif Hasan & Co
member SMAP dulu. Dari kiri; Akmal, Zainudin, Ilmyzat, Huzaifah dan Asyraf. Yang berdiri tu Hilmi
Hah... inilah team nasyid saya dulu masa kat SMAP Labu. Nama kumpulan ni Soutul Jihad. Penyanyi solonya dulu Saleh Deril. Mesti kenal punyalah, alahai... penyanyi nasyid kumpulan Brothers tu...
Bergambar kat tepi katil di asrama. Masa ni dah Form 3.
Bergambar dengan team bolasepak rumah biru (Rumah Ali)
Barisan pemain rumah biru
Ini masa main untuk SMAP masa under 15 dulu
Ini gambar barisan pemain Badminton under 15 untuk SMAP Labu
Pertandingan Kawat untuk rumah Biru
Barisan pemain sebelum nak lawan team SDAR tahun 1992
Leka betul tengok bola masa tu. Nak buat camne, player ramai dapat 'reserve' jeBiasalah, ini masa balik semula ke sekolah dengan bas SMAP lepas habis game bola
Bersama dengan sahabat baikku... Hanif Osman
Gambar masa cuti bersama dengan Fadzly dan Hafiz. Masa ni naik feri di Pulau Pinang Bergambar semasa di dalam feri
Bergambar di atas Jambatan Pulau PinangBergambar di Batu Feringgi
Ini kenangan kat Port Dickson 9 Mei 1993 (Form 4)
Lagi kenangan di Port Dickson Gambar makan Tom Yam kat rumah Mak Long di Rasah
Masa ni tengah sibuk study kat rumah. Ready nak SPM. Masa tu tahun 1994
Posing dengan gaya dulu-dulu
Ini gambar masa form 5. Ada orang ambik gambar saya masa pagi nak pergi sekolah. Lebih kurang pukul 6.45 pagi
Nampak tak yang berputing tu Kakak Kembar dengan Hafiz. Masa ni geng-geng tusyen datang rumah untuk beraya
Bergambar bersama Akak Kembar dengan Adik Piji
Geng-geng di SMKA SHAMS masa dalam team Kadet Bomba
Ini pulak team yang terlibat dalam pasukan Olahraga SMKA SHAMS
Ni kenangan masa jadi Cikgu Sandaran (GSTT) di Sek Men. Jalan Loop (sekarang namanya S.M. Bukit Mewah) tahun 1994. Bergambar bersama salah seorang student, namanya Lee Mei Foong.
Ni gambar bersama Heng Yarly
Ini gambar bersama Ng Kam Lan
Ni namanya Li Kam Foong
Ni nama dia Liew Mei FoongNi namanya Sam Yee Ling (Maksudnya; Tiga Dua Kosong)
Student semasa saya mengajar di SRJK(C) Pei Hua, Seremban. Gambar bersama Joanne Tong Roh Fei
Ni namanya Roazelin. Anak murid yang akhirnya sama-sama belajar di UiTM Shah Alam. Cuma dia ambik course lain lah.
Gambar beramai-ramai bersama student Form 3 di S.M. Bukit Mewah
Lagi gambar beramai-ramai yang sempat dirakamkan
Bergambar dengan sebahagian student Form 3 SM Bukit MewahIni student kelas lain pulakIni gambar bersama-sama dengan budak-budak kelas masa saya dalam semester 1 dalam Diploma Pentadbiran Awam, Fakulti Pentadbiran & Undang-Undang
Masa dalam minggu 'orientasi' kena buat persembahan. Memang lakonan yang menjadi pilihan saya.
Masa ni tengah menyampaikan zikir taubat dalam versi "nasyid". Masa ni Akhil Haiyy belum nyanyi lagu nasyid ni lagi, kira saya lah yang bagi ilham kat dia.... heh heh heh!
Masa ni dengan geng UiTM naik menara Kuching di Sarawak Ni gambar bersama dengan geng-geng UiTM yang terlibat dengan Misi Akademik di Sarawak. Masa ni saya baru dalam semester 1
Bergambar dengan sebahagian peserta dalam Misi Akademik Sarawak di UNIMASGambar suasana yang bersejarah buat saya, kerana kali pertama berpeluang menaiki kapal terbang ke Sarawak
Bergambar dengan roomate yang masih lagi rapat hingga ke hari ini, Che Khairul Azhan bin Che Ahmad
Makan bersama dengan kawan-kawan sebilik, Che Khairul, Bond dan Endy. Che Khairul sekarang ni Pen. Pegawai Tadbir di Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan. Endy pulak sekarang ni sebagai Pen. Pegawai Penguatkuasa di Majlis Daerah Tampin
Bergambar semasa saya berada di dalam semester 6 Diploma di UiTM. Masa ni tengah prepare sebelum berlakon teater. Masa ni watak saya "Hang Tuah". Tu yang kat tangan tu ada keris tu (buat daripada kertas. Tapi ni, cerita Hang Tuah versi kelakar lah. Memang kelakar gila lah team yang berlakon tu. Masa ni memang team semester 6 menang mengalahkan team-team semester lain. Pelakon terbaik aku sebagai Hang Tuah dan Bob sebagai Hang Jebat share satu anugerah
Bergambar dekat atas bukit di Kg. Pancor. Masa ni sibuk nak habiskan kodak
Berposing kat bilik di Komsis Firdaus. Masa ni baru semester 1
Lagi gambar kenangan di bilik
Begambar dengan locker milik peribadi. Aamacam kemas tak?
Bergambar dengan baju kesayangan (dulu lah)
bergambar dengan Che dan Faizal di A Famosa, melaka. Masa ni tengah buat assignment subject 'Report Writing'
Dengan Endy masa di Melaka, pun masa ni tengah sibuk buat Report Writing
Bergambar bersama, classmate masa ambik Law dulu. Nama budak perempuan ni Hasulily, budak Kuala Lipis. Masa ni suasana kat rumah saya masa open house Hari Raya untuk geng-geng Law. Rasanya masa ni Raya tahun 1999
Gambar Kakak Kembar dengan Adik Piji (Adik-adik saya)
Gambar masa majlis birthday adik kembar saya.
Gambar Kakak Kembar menyuapkan Kek Birthday kepada Adik Piji
.
.
.
Itu sahajalah gambar buat masa ini. Nanti saya akan tambah lagi okay.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: