Selasa, 16 Februari 2010

Makan Besar di Pancor & Bowling di Seremban Parade!

Acara "Makan Besar" di Pancor dan Tournament Bowling Tertutup Keluarga Rais di Seremban Parade!!
.
.
14 Februari 2010, Seremban - Satu acara "Makan Besar" telah berlangsung di kediaman Mak Lang di Pancor mulai jam 8.00 malam. Acara makan besar ini telah dilangsungkan di kawasan perkarangan laman rumah Pancor bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran Syamsul Hafiz buat kali ke - 24. Majlis dimulakan dengan acara pemotongan kek kelahiran oleh Syamsul Hafiz @ Eto'0 (sebab itu yang ditulis kat atas kek dia).
.
Memang meriah gila majlis ni. Majlis ini turut disertai oleh Mak Long dengan anak-anaknya termasuk Along dan keluarga, Angah dan keluarga, Kak Lang Alin dan keluarga, Abang Iza (belum berkeluarga), Hishamudin, Hafizudin dan Izudin. Mak Lang pula bersama dengan anak-anaknya yang terdiri daripada Acoy dan keluarga, Fadzly, Hafiz, Kakak dan Adik Piji.
.
Namun kepada yang tiada tetap tidak dilupa.... lebih kurang 5 minit sebelum majlis bermula kesemua ahli keluarga termenung seketika mengenang beberapa ahli keluarga yang tiada dan sedang bercuti di Terengganu antaranya Induk dan Mak Usu... hehe hehe! Gurau yo. Jangan marah!!
.
Persediaan yang cukup sibuk dari pagi hingga ke petang
Angah yang baru tiba, sempat juga membantuPenyediaan sayur goreng dan bakul keladi

Udang goreng (prawn butter)
Ikan Jenahak 'sweet sour'
Ayam goreng percik
Sayur goreng dalam bakul keladi yang dah siap!!Ini pulak sup sayur campur
Hidangan menyeluruh!
Kira marvellous dan best gilerrr!
Inilah di antara menu utama yang bakal dihidangkan
Minuman terdiri daripada Orange Juice, Cocktail, dan pencuci mulutPemandangan dari sudut yang berbeza
Kek Hafiz daripada 'Secret Recipe' tertulis Happy Birthday Hafiz @ Eto'o yang ke 24Pemandangan yang lebih dekat
Makanan yang telah siap terhidang di laman rumah Pancor
Cocktail satu bekas besar, khas untuk semua
Suasana yang meriahDihadiri oleh kesemua sanak saudara
Hidangan yang masih belum diusik, bersiap sedia untuk dijamah
Anak-anak kecil semuanya sudah bersiap sedia di meja hidangan
Dhafir memerhatikan umi nya menyalakan lilin pada kekMajlis dimulakan dengan upacara pemotongan kek oleh "Birthday Boy" Dhafir yang turut sama sibuk membantu Hafiz memotong kek
Mak Long, Kak Lang Alin dan Zaini di dalam suasana santai
Upacara makan malam yang cukup rancak
Dzaqwan di pangkuan Kakak
Satu lagi posing daripada Dzaqwan
Memang comel!
Makan dengan cukup berselera!
Dhafir di dalam rumahSatu lagi gambar Dhafir
Terselit lak satu gambar masa kat rumah senawang, kira bolehlah ni
Dzaqwan di pangkuan Mak Ngah nya
Dzaqwan turut sama ketawa bersama Angah dan Kak Lang
Dzaqwan ceria di pangkuan Mak Lang nya
.
.
15 Februari 2010, Seremban - Selepas upacara makan besar, keesokan harinya pula berlangsung pertandingan bowling 8 penjuru. Pertandingan ini disertai oleh Acoy, Fadzly, Hafiz, Adik Piji, Zaini, Abang Iza, Amir dan Hishamudin. Sepertimana diduga, Acoy sekali lagi muncul juara untuk menewaskan lain-lain peserta. Jatuhan pin 147 di game pertama, 194 di game kedua dan 158 di game ketiga sudah cukup untuk menumpaskan lain-lain peserta.
.
Kepada semua sanak-saudara berusahalah lagi di lain masa untuk menewaskan juara bertahan Bowling RAIS Open ini... hah hah hah
.
Hafiz yang sedang memilih bola yang sesuai
Adik Piji di lane kanan bersedia membuat balingan
Abang Iza sibuk mengambil gambar
Amir (anak Angah) bersedia membuat balingan
Balingan tenang oleh Adik Piji..... namun totap kalah juo!
.
.
.
Sekian sahaja daripada kami daripada EDITOR keluargarais.blogspot.com. Memang dua hari yang sangat menyeronokkan sehinggakan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Tionghua, sebab dia orang yang raya.. kita orang pulak yang makan besar. Apa-apa pun yang penting.. happy!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR (www.keluargarais.blogspot.com)

Khamis, 11 Februari 2010

Album Kenangan Lama....2

Kali ini dikongsikan pula beberapa gambar kenangan lama ahli keluarga Rais yang sempat dikumpulkan. Kepada mana-mana ahli keluarga yang ingin gambarnya dipaparkan, boleh emailkan kepada raisnasian@yahoo.com. Insya-Allah nanti, saya akan siarkan. Kalau boleh buatlah write-up sikit supaya nanti kita tahu gambar lama tu gambar siapa dan tengah buat apa.
. Ini gambar Arwah Abah, dengan geng-geng masa bekerja di Kilang Dunlopillo dulu
Lagi gambar Arwah Abah dengan rakan-rakan
Rasanya mesti time ni tengah ada function hi tea kot!
Arwah Abah bersama rakan-rakan pelbagai latarbelakang bangsa dan keturunan
Bergambar dengan trofi. Rasanya mesti hadiah takraw. Dah tak ingat dah. Seingat saya dulu banyak piala takraw Abah.
Hah ni, geng sparring takraw Abah di kilang Dunlop. Yang barisan depan, kiri sekali tu, Pak Long Rasah.
Lagi gambar bersama team takraw. Barisan depan, dua dari kanan, Pak Long Rasah
Gambar Abah rileks kat pangkin di Rasah
Yang berkopiah putih, tengah makan menhadap ke sini tu Arwah Atuk Lebai Alias
Nampak tak mana satu muka Mak Usu?
Gambar Arwah Abah, bersama dengan Mak dan kembarArwah Abah dengan Mak
Gambar Hafiz dan Fadzly mandi sungai di Kg. Ayer Dedali, Batu Kikir. Hafiz dah ready membuat terjunan nyamuk tiruk!!
Arwah Abah bersama-sama dengan geng-geng Kg. Batu Kikir
Dari kiri; Hafiz, Kakak Kembar, Fadzly dan Adik Piji
Hafiz di majlis Konvo Tadika KEMAS Kg. Pancor. Dibelakang dia, Abah.
Adik Piji dipegang oleh Arwah Atuk Rais. Masa ni Atuk dah sakit, dan terlantar di rumah di Pancor
Gambar Atuk yang sedang sakit, tetapi masih sempat melayan karenah Nira
Kakak Kembar, mencium tangan Arwah Abah. Keciknya, comelnya.... tetapi sekarang?
Hah.. ini gambar gempak! Pak Tam dengan geng-geng asrama di SM Batu Kikir!
Ini gambar Apak yang dah ready nak berpencak silat di Kg. Sungai Buloh. Pakai rantai yang tak tahan tuh!
Ini gambar ni, nampak gayanya macam Pak Ngah tengah di akad nikah kan. Kalau ye, best betul nikah kat atas kerusi... mintak Pak Ngah respon!
Ni nampak macam Pak Tam, masuk team nasyid je!! Ke team acapella?
Jangan tak tau! Ini gambar Mak Long masa muda. Perggghhh... daring gilerr!
Empat dari kiri, Kak Lang Alin nyanyi lagu nasyid dengan geng tadikaHabis je lagu nasyid, Kak Lang Alin (dua dari kiri) sambung dengan Dikir Barat pulak! Macam tak caya je!!
Kiri sekali rambut macam David Arumugam tu Along Nazaruddin. berdiri kat depan tu Kak Lang Alin dan yang kanan sekali berdiri tu si AngahIni Along Nazaruddin dengan posing muka 'budak baik'
Inilah dia Apak Sidek di atas katil asramanya.
Apak Sidek dengan geng-geng sekolahnya Apak Sidek bergambar dengan geng-geng di dewan makan sekolah
Gambar lama di kampung Sungai Buloh
Yang kecik tu dari kiri kat Mak Long tu, Abang Iza, budak perempuan tu; Kak Lang Alin. Yang tak berbaju tu, tentulah Fadzly, dan yang dengan baju tidur belang-belang tu, sayalah!
Abah dengan Mak bergambar dengan barang hantaran masa hari kahwin Pak Ngah dengan Mak Ngah
Wan dan Mak Long di rumah Pancor. Ha ni boleh nampak la sikit-sikit 'pattern' rumah asal Pancor
Hafiz, Adik Piji dan Kakak bergambar dengan Mak
Hafiz bergambar di hadapan barang hantaran kahwin Apak Sidek rasanya nih!
Saya duduk di pangkuan Induk Suli (Batu kikir), dan yang memerhatikan kamera tu pulak Induk Md. Zin (Batu Kikir). Abah pulak yang duduk di sebelah kanan sekali
Dari kiri; Pak Long Abas, Abah (sambil memegang tangan saya), Mak saya dan Mak Long Samsiah. Budak perempuan tu pulak, dah tontulah Kak Lang Alin!
Abah yang sedang makan sambil mak memapah saya untuk masuk tidur
Yang sedang ketawa tu Cik Milah. yang berbadan besar tu pulak saya panggil 'Ayah' je. Yang mendongak memandang kamera tu.. Fadzly. Boleh nampak dah, pattern asal rumah Pancor.
Dari kiri; Fadzly (berdiri), Induk, Hafiz, Faiz (Anak Cik Manap), saya dan Firdaus (Anak Cik Manap gak)
Hujung sekali (kat meja berambut panjang tu) Apak Sidek, lepas tu diikuti dengan saya, Abah dan seterusnya kawan-kawan kat tempat kerja Abah di Dunlop. Hah, ini pun boleh tengok pattern asal rumah Pancor.
Mak Usu sedang mandikan Adik Piji dalam besen. Tapi kalau hari nilah, tong besar tu pun dah tak muat dah!
Saya, Nira dan Hafiz
Saudara-mara dari Dengkil yang datang ke majlis kahwin Apak Sidek semasa di Pancor
Kelihatan Arwah Atuk Rais rancak berbual dengan saudara mara. Mesti dalam bahasa Jawa tu.
Adik Piji dan Kakak ketika baru keluar daripada wad (ketika baru sampai kat rumah setelah dilahirkan)
Yang kiri Kakak dan yang kanan Adik Piji
Memang tergezut gak masa balik rumah tengok ada dua. Kecik sangat masa tu. Macam tak caya hari ni boleh besar macam 'giant'. He he... jangan marah ya... gurau je
Adik Piji dengan posing Hari Raya
Kakak dan Adik Piji bergambar di pintu pagar rumah
Kakak dan Adik berselimut di katil saya (dululah)
Adik Piji dan Kakak di sisi katil Atuk Rais. Salah satu kegemaran Adik Piji adalah mengusik button radio tu.
Adik Piji dan Kakak bersama Mak ketika melawat ke zoo Melaka. Nampak tak Kakak menangis? Masa ni beruk kat dalam kandang tu tengah pegang kaki kakak. mak tak perasan. Tu yang melalak tu!
Kakak dipangku oleh Wan Batu Kikir (Tarikh 13 Januari 1993)
Ni gambar masa jadi johan kebangsaan Pidato Kenegaraan. Bergambar bersama peminat... dulu-dulu je...
Bergambar bersama peserta negeri Melaka dan Pahang
Lagi gambar yang dirakamkan. Tak silap saya pertandingan peringkat kebangsaan ini berlangsung di Ipoh, Perak pada tahun 2000.
.
Begitulah tadi Album Kenangan Lama....2. Harapan saya dapat mengembalikan semula nostalgia lama. Kalau ada gambar-gambar lama lagi yang nak dikongsi... boleh, jangan lupa emailkan kepada saya. Insya Allah akan disiarkan dengan segera.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)