Selasa, 29 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Afizul & Nurul!!

Selamat Pengantin Baru
.
Khusus Buat
.
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
.
Di atas perkahwinan kalian pada 25 Disember 2009
.
Doa kami semua semoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat
.
.
Alhamdulillah, pada 25 Disember 2009 yang lalu, Afizul atau lebih dikenali sebagai Afiz di kalangan ahli keluarga telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati yang bernama Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan. Sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya diikuti dengan persandingan di Kuala Pilah pada 26 Disember 2009 dan persandingan di Rasah Jaya pada 27 Disember 2009. Syukur, kerana semuanya telah berjalan lancar dan selamatnya.
.
Harapan daripada seluruh ahli keluarga agar selepas ini bertandanglah ke rumah ahli keluarga supaya dapat kita berkenalan dengan lebih rapat dan mesra lagi, insya Allah. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda berdua.
Kepada Pak Andak dan Mak Andak juga, tahniah di atas kejayaan bermenantu buat kali pertama ini, dan semoga cepat dapat menimang cucu. Dan tahniah juga buat Pak Andak dan Mak Andak di atas kejayaan melangsungkan majlis perkahwinan anak dengan cukup meriah dan ceria tanpa sebarang masalah.
Akhir kata dari kami sekeluarga, welcome to this family dan semoga hidup dilimpahi berkat dan rahmat serta berbahagialah hendaknya. Di dalam blog ini dikongsikan segala gambar di sepanjang 3 hari dan 2 malam majlis perkahwinan Afiz dan Nurul berlangsung.
.
Sekian dan Wassalam
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: