Pada 11 Disember 2009 yang lalu, saya bersama-sama dengan Induk dan Pak Induk sekeluarga telah menikmati makanan laut yang best. Prawn Butter, Sotong goreng tepung, asparagus masak goreng belacan, chicken cheese, pergghh... memang terangkat gilerr. Makan penuh berselera. Makan ni sempena meraikan Afiq yang baru mendapat 4A dan 1B di dalam UPSR nya baru-baru ni.
.
Selain daripada itu Afiq turut dihadiahkan gitar 'kapok' oleh saya. Bukan apa, Afiq ni masa saya study dulu, memang 'member' kamceng saya. Selalu naik motor round Seri Muda dengan ke Klang sama-sama. Memang dulu masa duduk rumah Induk merupakan saat yang paling tak dapat dilupakan. Macam baru semalam je habis belajar di Shah Alam dan duduk di rumah Induk.
.
Apa-apa pun alhamdulillah, dapat juga belanja Induk makan. Daripada masa dapat kerja dulu, sampailah anak dah tiga, baru ni lah berpeluang belanja Induk dan Pak Induk sekeluarga makan.
.
Terima kasih buat Induk dan Pak Induk.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan