Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Majlis Bacaan Yasiin dan Tahlil

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
24 Disember 2009
.
MAJLIS BACAAN YASIIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT
.
Sebelum melaksanakan majlis kenduri kahwin pada 26 dan 27 Disember ini, Pak Andak telah mengaturkan satu majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat agar dapat mendoakan kesejahteraan semua arwah di dalam keluarga serta memohon agar segala majlis yang dirancangkan dapat berjalan dengan teratur dan sempurna. Majlis diadakan selepas Maghrib dan dihadiri oleh saudara-mara terdekat serta jiran tetangga dan jemaah surau.
.
Bersedia untuk bacaan Yasiin
Atuk juga turut menyertai majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat ini
Di antara yang hadir pada malam itu
Kaum ibu pun ada yang menyertai
Sebaik sahaja selesai semua sanak saudara berkumpul di ruang tamu rumah Pak Andak
Semua saudara-mara bersantai di ruang tamu ketika semua tetamu menikmati jamuan di bawah khemah di luar rumah
Anak Helmi dan Ida
Danish Amri bin Syamsul Amri
Afiq (anak Wazir) di pangkuan Shiela
Afiq menyonggirr!
Dhafir dan Afiq
Dua anak kategori Heavyweight
Bergumpal bersama
Selepas selesai, satu lagi majlis yang tidak dijangka berlaku iaitu, majlis 'surprise' yang diaturkan oleh Noi bersempena ulangtahun ke 5 perkahwinannya dengan Acoy
Kek Happy Anniversary didatangkan khas daripada Secret Recipe
Semua anak-anak dah bersedia di hadapan kek
Acoy dan Atuk duduk di hadapan kek
Noi mencium pipi Acoy sebagai tanda kasih dan sayang
Dayah menyalakan lilin pada kek yang akhirnya ditiup oleh Dhafir

Kek mula dipotong dan dibahagikan
Acoy menyuapkan kek ke mulut Noi
Kek dipotong kecil-kecil kerana ramai yang menanti

Shiela yang berposing di hadapan kek
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: