Ahad, 8 November 2009

Rusni (Anak Mak Long Rasah) Bertunang!

Alhamdulillah, pada 7 November 2009, telah berlangsungnya majlis pertunangan di antara Rusni dan tunangnya Nazarisam. Majlis yang dijalankan dalam suasana yang cukup sederhana itu telah berlangsung di rumah Mak Long Rasah di Kg. Datuk Mansor pada jam 2.00 petang. Pihak lelaki diwakili oleh ibu, adik perempuannya dan ibu saudara pihak lelaki.
.
Bagi pihak perempuan pula diwakili oleh Acik Aziz, Cik Normah dan anak-anak, Ibu saya, Fadzly, Isteri saya, Pak Long, Mak Long sendiri, Along dan tidak ketinggalan Wan KK (Wan Batu Kikir).
.
Setelah perundingan dibuat dipersetujui yang majlis akan dilangsungkan selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 iaitu lebih kurang pada bulan Oktober. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Wang hantaran yang dipersetujui adalah sebanyak RM 7,000.
.
Wakil pihak lelaki kemudiannya telah menyarungkan cincin tanya dan cincin pertunangan ke jari Rusni.
.
Setelah semuanya selesai saya telah diminta membacakan doa selamat dan kemudiannya semua pihak, baik pihak lelaki dan perempuan, sama-sama menjamu selera.
.
Dengan ini kita doakan semoga Rusni dan Nazarisam dapat hidup bersama dan dapat menyempurnakan impian untuk hidup sebagai suami isteri, mudah-mudahan.
.
Suasana ketika pihak lelaki baru sampai, semua bingkas bangun menyambut ketibaan
Pihak lelaki dijemput masuk ke rumahMenyambut ketibaan pihak lelaki yang datang jauh dari Kelantan
Semua pihak mula mengambil tenpat sebelum perundingan bermula
Mak Long dan Wan yang turut sama menyertai perbincangan
Perbincangan yang dijalankan hampir 30 minit lamanya
Ibu pihak lelaki menyarungkan cincin tanya
Diikuti dengan cincin pertunanganMencari jari yang lebih padan untuk disarungkanMencium tangan bakal "Ibu Mertua"
Bersalaman dengan ibu saudara pihak lelaki
Setelah selesai perundingan, mulalah sesi menjamu selera
Ha.. tu yang penting tu, saya pun turut serta menjamu selera
Fadzly dan Pak Long berselera menjamah jamuan yang disediakan
Sedap betul lauk ikan sembilang tu. Mana tak sedapnya, ibu saya yang masak!
Sebaik sahaja selesai, Acik Aziz memohon untuk mintak diri dulu sebab ada program penting di Kuala Lumpur
Anak Along di anjung pintu bersama anak Acik Aziz
Saya masih lagi makan dengan penuh berselera
Nazarisam pun turut dijemput sama makan di ruang tamu
Nazarisam malu-malu bila diusik ketika sedang makan
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: