Ahad, 1 November 2009

Makan Besar di Farm Fresh!!

Pada 1 November 2009, demi menyambut kedatangan Syafiq (Anak Atam - Pak Sedara Yat), kami sekeluarga telah membawa Syafiq makan malam di Farm Fresh, di Jalan Kuala Pilah. Ini merupakan pertama kali Syafiq dapat makan sebegini banyak. Alhamdulillah, semuanya berselera makan dengan hidangan yang enak lagi lazat oleh Pihak Farm Fresh. Turut hadir bersama adalah; Ibu Mertua saya, Yat, Nabila, Danish, Dhafir dan Dzaqwan.
Wajah Syafiq sedang menunggu makanan dihidangkan. Sementara Dhafir disebelahnya sedang makan buah belimbing.
Danish pun makan belimbing
Dzaqwan di pangkuan 'Umi' nya
Semua menikmati buah belimbing dan buah naga (dragonfruit)
Dzaqwan pun seolah lapar bila menggigit jarinya
Pose istimewa daripada Dzaqwan
Scramble egg, Chicken Cheese, Prawn Butter, Tom Yam mula dihidangkan
Suasana sibuk apabila hidangan tiba
Syafiq pun makan dengan penuh berselera
Ikan Siakap masak 'sweet sour' pun sodap!!
Aksi Danish dan Dhafir setelah dapat gula lolly pop daripada Pengurus Farm Fresh
Comel tak kedua-dua budak ni??
Masing-masing menunjukkan gigi
Danish cuba-bermesra dengan adiknya Dhafir
Dhafir bergambar dengan aksi tersendiri
Danish pula dengan aksi penuh riang dengan gula-gula di mulutnya
***********************************************************
Dilaporkan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: