Menu terbaru di Restoran Bussaina telah membuka selera ramai peminat-peminat Mi Udang di Shah Alam bilamana ia dijadikan menu utama di Restoran Bussaina di Seksyen 25 Shah Alam. Baru-baru ini (iaitu pada 14 November 2009) saya telah berpeluang menjamahnya. Tetapi kami sekeluarga pada ketika itu makan Nasi Goreng Udang Pedas. Memang sodap.
.
Kepada yang ingin mencuba, jangan malu dan segan, cubalah rasa di Taman Seri Lembayung, Seksyen 25, Shah Alam. Jangan tak cuba!!!
.
Nasi Goreng Udang
Udangnya banyak. Memang tak kedekut punya. Harga pun baru RM 4.50 sahaja
Perggghh... terliur tengok!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan