Pada 12 Oktober 2009 lalu, saya telah mengambil keputusan untuk memberi nafas baru kepada kereta Wira S.E yang telah lama tidak saya gunakan iaitu dengan nombor pendaftaran NBT 1124. Memandangkan kepada keperluan kerja untuk menghadiri pelbagai kes mahkamah, mesyuarat luar, seminar, kursus dan sebagainya maka kereta ini perlu diubahsuai semula. Pada awalnya saya ingin bertukar kereta dengan Dayah (Adik Ipar saya) kerana Dayah kini menggunakan kereta Viva yang didaftarkan di atas nama isteri saya, tetapi memandangkan dia masih lagi belajar dan viva adalah kenderaan yang ekonomi maka hasrat ini dibatalkan. Saya telah mengambil keputusan untuk memberi 'nafas baru' kepada kereta wira saya ini dengan pertamanya , keadaan enjinnya diselia baiki semula. Gasket dan radiator sahaja yang nampaknya bermasalah, dan ini telah diperbaiki pada 13 Oktober 2009 di sebuah bengkel di Nilai. Memang keadaan pemanduan banyak berubah selepas itu dan saya telah mengambil langkah seterusnya iaitu untuk mengecat semula kenderaan ini.
Berikut saya tunjukkan proses pengubahsuaian yang dilakukan. Bermula dari keadaan asal kereta sehinggalah kepada selesai segala proses dalam tempoh 15 Oktober 2009 sehinggalah ke 25 Oktober 2009 (11 Hari).
Keadaan warna asal kereta. Nampak elok, tapi banyak yang dah lekuk-lekuk dan berlubang, perlanggaran yang tidak disengajakanProses bermula pada 19 Oktober 2009 di Bengkel Choon Hock. Pada tarikh ini kereta ini diketuk dan disimen semula dengan Simen biasa (kasar) bagi mendapatkan shape asal kenderaan
Kemudian pada 20 Oktober 2009, kenderaan disimen pula dengan simen halus bagi menutup serta meratakan lubang-lubang kecil yang terdapat pada permukaan kenderaan
Pada 21 Oktober 2009, bermula pula proses seterusnya iaitu kereta dicuci semula dan dijemur di bawah terik matahari bagi memastikan ia benar-benar kering sebelum diplaster dan dicat
Kemudiannya pada 22 Oktober 2009, kenderaan dibalut keseluruhannya, menandakan yang kenderaan ini telah benar-benar kering dan siap sedia untuk disembut dengan under coat dulu (sebab tukar warna lain) dan kemudiannya disembur dengan cat putih sebagaimana permintaan saya.
Akhirnya pada 24 Oktober 2009, kereta saya ini telah siap disembur dengan cat putih dan kelihatan sangat menarik setelah siap dipasang semula.
Beginilah keadaan kereta saya yang telah siap di cat. Haa... ini belum selesai lagi, sebab nak kena make-up pulak. Pada 25 Oktober 2009, saya mulakan dengan menghantar kereta ke Seng Kong Tyres di Taman Jasmin, Nilai untuk tukar 'sport-rim'. Jom tengok sama-sama.
Proses ini selesai, siap dengan 'balancing' dan 'allingnment' sekali. Brake pad pun dah sampai makan besi, pun ditukar juga. Selesai sahaja pasang sport rim. Kereta ini terus dibawa ke SATO ACCESSORIES bagi tujuan 'tinted', tukar no plat fancy, dan juga tukar speaker yang dah pecah di dalam kereta. Haa... dan tak lupa juga sarung seat Liverpool, supaya membuktikan kesetiaan kepada Liverpool. Nak-nak pulak malam tu Liverpool nak lawan MU. Dan yang paling penting Liverpool menang lagi, kali ni dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Torres dan Ngog. Oppss... tertukar lak cerita. jom tengok gambar di kedai SATO.
Cermin depan dilekatkan dengan sticker TRD Racing Development.
Lampu hadapan ditukar dengan lampu dengan skrin yang sedikit gelap
Setelah lampu hadapan siap dipasang
Kemudiannya pada 27 Oktober 2009, kereta saya sekali lagi dihantar ke SATO ACCESSORIES di Taman Semarak, Nilai untuk proses pemasangan leather seat. Memang cun bila dah siap.
Amacam? Cun tak? Itu jelah yang mampu dibuat setakat ni. Kalau mampu dan ada rezeki nak jugak tukar seat leather macam Livina tu. Tapi nanti dululah kot. Ini pun dah cantik rasanya. Okaylah, itu aje buat masa ni. Wassalam.
Kemudiannya pada 27 Oktober 2009, kereta saya sekali lagi dihantar ke SATO ACCESSORIES di Taman Semarak, Nilai untuk proses pemasangan leather seat. Memang cun bila dah siap.
************************************************
Dan berikutnya, saksikanlah, wajah baru kereta NBT 1124 Wira S.E yang telah siap diubahsuai untuk tatapan semua.
Amacam? Cun tak? Itu jelah yang mampu dibuat setakat ni. Kalau mampu dan ada rezeki nak jugak tukar seat leather macam Livina tu. Tapi nanti dululah kot. Ini pun dah cantik rasanya. Okaylah, itu aje buat masa ni. Wassalam.
==========================================
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
3 ulasan:
salam saudara. bkenan lak tgk wira putih tu. sy pun nk cat kaler putih ni. tp x tau nk amik putih ape. saudara ni cat putih ape? ..em2 sy ingt nk amik champion white, putih civic type r tu.
boleh saya tahu kos nya secara beperingkat?
salam..boleh sy tanya berkenaan bengkel choon hock tu. ok x bengkel ni? sbb kereta sy sekarang ada kt bengkel ni sbb excident hari tu..tp x dapat nk pegi jenguk sbb jauh..
Catat Ulasan