Ahad, 25 Oktober 2009

Merawat "Sawan Tangis" Dzaqwan Amri

Anak saya Dzaqwan mengalami 'sawan tangis' sejak selepas habis tempoh berpantang. Disebabkan itu pada 23 Oktober 2009 yang lalu, saya dan keluarga telah membawa Dzaqwan bertemu dengan pakar perubatan keluarga kami iaitu Pak Haji Rizqi. Pak Haji memaklumkan bahawa sawan tangis yang dialami oleh Dzaqwan sudah agak lama, justeru perlu diubati segera. Alhamdulillah setelah diusahakan, kelihatannya beberapa hari kebelakangan ini, 'tangis' Dzaqwan juga sudah ada reda nya. Berikut dikongsikan beberapa detik rawatan Pak Haji Rizqi kepada anakanda kami, Dzaqwan Amri bin Syamsul Amri
Inilah wajah anak Pak Haji. Salsabila namanya.
Dzaqwan, ligat menangis ketika sesi rawatan
Dhafir dengan pose istimewa nya
Salsabila di sisi ayahanda nya, Pak Haji Rizqi
Kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan perkembangan ini. Dan, insya Allah kami akan membawa Dzaqwan sekali lagi untuk ulangan rawatan bersama Pak Haji pada hujung minggu ini, insya Allah.
**************************************************************
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: