Pada 7 September 2009 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430 Hijrah, Saya, isteri bersama dengan anak saya iaitu Danish dan Dhafir telah berpeluang berbuka puasa di Klana Resort, telah Seremban. Hidangan buffet yang terlalu banyak menyebabkan kami pening kepala untuk membuat pilihan. Akhirnya, mana yang sempat kami ambik je lah. Boleh dikatakan kesemua makanan orang Malaysia yang halal telah dihidangkan, termasuk juga Char Kuey Teow, Kerang Rebus, Yong Tau Foo dan sebagainya. Setelah selesai makan, kami semua berasa 'tersangatlah' kenyangnya. Tapi memang kalau pergi ramai-ramai memang seronok. Kalau tak silap kadar harganya RM 48 untuk seorang dewasa dan RM 32 untuk seorang kanak-kanak. Alhamdulillah, kami makan kat sana 'free' je atas tiket tetamu jemputan!!
Wajah Dhafir ketika sedang menanti makanan
Danish sedang bermain dengan pisau di atas meja
Dhafir pun seolah sedang mencari permainan yang sesuai
Danish sedang bermain dengan pisau di atas meja
Dhafir pun seolah sedang mencari permainan yang sesuai
Dhafir mulai bosan menanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan