Khamis, 17 September 2009

Berbuka Puasa di "Farm Fresh" !!

Pada 28 Ogos 2009 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1430 Hijrah, saya, isteri saya, anak-anak, serta Ibu Mertua saya telah berpeluang berbuka puasa di Farm Fresh di Jalan Kuala Pilah. Buat pengetahuan semua lokasi Farm Fresh ni berada di Jalan Kuala Pilah, kalau dari Seremban ia terletak di sebelah kiri jalan dan betul-betul sebelum kita menempuh Bukit Putus. Kualiti makan...memang best gilerrr!! Malam tu kami makan set dengan lauk Prawn Butter, Chicken Cheese, Sayur Kailan, Buah-buahan, dan jugak air Fresh Starfruit (Belimbing) dengan tambahan Fresh Dragonfruit. Pergghhh. Memang power. Kami berani cakaplah, inilah alternatif terbaik kepada Umbai dan Ikan Bakar Teluk Pelanduk. Tak percaya? Cubalah dulu!!!!
Isteri saya sedang melayani karenah Dzaqwan
Suasana makan di sini pun agak tenang
Ha cuba tengok tu, dah l.uak pun Chicken Cheese di tengah-tengah tu!
Sekian dan Terima Kasih.
Disediakan oleh : ACOY



Tiada ulasan: