Ahad, 27 September 2009

Jamuan "Rumah Terkupak" (Open House) Rumah Cik Yan!

Pada jam 1.30 petang, 27 September 2009, bersamaan dengan 8 Syawal 1430 Hijrah. Telah berlangsungnya satu majlis "Rumah Terkupak" (Open House) di Rumah Cik Yan iaitu jiran di belakang rumah saya. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan acara kemuncaknya iaitu makan sampai kenyang. Memang power lauk rumah Cik Yan ni. Macam-macam ada, sayur campur, ayam masak lemak cili api, siput sedut, ulam dan sambal belacan, ikan masin dan bayak lagilah. Lauk-lauk ni betul-betul telah membuka selera para tetamu yang hadir. Alhamdulillah kami makan sampai kenyang.

Mak Usu, Busu dan Hanif merupakan antara yang hadir
Ibu Mertua saya selaku salah seorang 'orang pangkal' pun turut makan sama!
En Izam dan Wan, antara jiran tetangga yang turut hadir
Puas betul meyedut siput sedut ni. Memang sodapp!!!
Cedok lagi siput tu. Cedok.. jangan tak cedok!!
Dayah mendukung Dzaqwan
Nabila bersama isteri En Izam
En Izam bersama anaknya Lokman
Apa-apa pun diucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Yan dan keluarga yang telah sudi menjemput kami ke jamuan "Rumah terkupak" ini. lauk-pauk yang menyelerakan itu, tidak akan kami lupakan. Akhir kata Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin. Sekian dan Wassalam. Ikhlas dilaporkan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Raya di Klang, Shah Alam, Bandar Tasik Permaisuri & Hulu Langat

Perjalanan "Berhari Raya" di Klang, Shah Alam, Bandar Tasik Permaisuri dan Hulu Langat
Pada 25 September 2009, bersamaan dengan 6 Syawal 1430 Hijrah, saya dan keluarga telah menyambung kembali perjalanan 'beraya' dengan memulakan perjalanan ke rumah Induk Yah dan Cik Saiful di Jalan Rantau Panjang, Kapar, Klang. Perjalanan bermula pada jam 11.30 pagi. Kami konvoi dua kereta sahaja iaitu kereta saya dan kereta Hafiz. Perjalanan yang bermula pada jam 11.30 pagi itu berakhir dengan ketibaan kami pada jam 1.00 tengahari di rumah Induk Yah dan Cik Saiful.


Wajah Riang Dzaqwan Amri yang turut telah bersiap sedia sebelum perjalanan ke Klang
Lagi wajah riang Dzaqwan Amri
Suasana ketika ketibaan kami di rumah Induk Yah & Cik Saiful di Klang
Apa-apa hal, kuih-kuih raya di belasah dulu, boleh tahan gak cookies kat rumah Induk yah ni
Suasana di ruang tamu yang sedang asyik menonton "Senario The Movie"
Dzaqwan yang tenang bermain sendirian di kusyen di rumah Induk Yah
Danish turut seronok bermain ketika di rumah Cik Saiful dan Induk Yah
Dzaqwan sudah mulai 'cembeng' nak nangis!!! Nak susu lah tu...
Dzaqwan kembali tenang setelah dilayan oleh Abah nya
Dzaqwan memang menjadi tumpuan sebagai ahli baru keluarga Rais
Kat rumah Induk Yah memang best gilerr makan. Kebetulan lapar, makan nasi lauk ikan sepat (ikan masin), sambal belacan power, sipa dengan tom yam lagi. Pergghhh... memang sedap gilerr... Selepas selesai makan kami meneruskan perjalanan. Kali ini, kami ke rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Malam itu (25 September 2009) ada "makan besar" kat rumah Mak Usu. Dengarnya ada hidangan special. Mana taknya malam tu, macam-macam ada. Tom Yam, Nasi himpit, dan yang paling best, menu utama iaitu "Chicken Rosemary". Haa.. Mak Usu je yang pandai masak ikut resipi ni kat sini. Memang sodappp...

Kelihatan Induk sedang makan di ruang tamu bersama-sama dengan Pak Induk dan Afiq. Opp lupa lak nak bagi tau, petang tu, sempat juga beli buaian elektrik khas untuk Dzaqwan sebab di mengamuk je sebab nak dibuaikan. Kebetulan buai tak bawak terus je pegi beli kat Giant Shah Alam. Alhamdulillah selesai masalah Dzaqwan.
Kelihatan Mak Utih dan anak-anak turut sama datang kerumah Mak Usu pada malam itu bersama-sama dengan Apak Sidek
Mohd Hilal Iqbal dengan gaya tersendiri
VVIP pada malam itu Cik Saiful, Induk Yah dan keluarga
Nampak tak, hidangan makan besar yang pelbagai tu... Memang best!!
Pada keesokan paginya, 26 September 2009 (Syawal Ketujuh) kami semua bersarapan dengan nasi goreng di Rumah Mak Usu. Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan seterusnya. Pagi ini Hafiz tidak turut serta kerana Hafiz dan Hishamudin (anak Mak Long) telah pun bergerak pulang ke Perak pada pagi itu juga. Hafiz sibuk betul, katanya terlalu banyak kerja yang belum dibereskan.

Danish disuapkan oleh Wan nya roti sebagai sarapan sebelum memulakan perjalanan
Dhafir pun turut bersarapan sama
Selepas itu kami meneruskan perjalanan dengan beraya di rumah Busu dan Mak Usu di Seksyen 20, Shah Alam. Di rumah Busu kami dijamu dengan Mee Kari. Ok gak lah. Rumah Busu memang cantik lengkap dengan dekorasi yang simple dan juga pilihan padanan warna cat dinding yang menarik perhatian dan keratif. Apa yang baru? Yang baru Televisyen 52 inci kot. Tapi memang besarlahhh. Caya lah Busu...

Di rumah Busu, kelihatan Kak Ina dan anak-anak turut serta ke rumah Busu
Suasana di ruang tamu rumah Busu
Busu dan Mak Usu di dapur bertungkus lumus menyiapkan hidangan
Daripada Rumah Busu, kami bergerak pula ke rumah Atam di Bandar Tasik Permaisuri. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kesesakan lalulintas. Tetapi malangnya ketika tiba di sana, Atam pulak belum tiba. Atam baru sahaja tiba di Sungai Besi, dalam perjalanan dari Seremban. Punyalah lama tunggu, sampai Adik Piji sempatlah makan nasi lauk ayam masak lemak cili api kat kedai Rosnah. Fadzly lak order nasi ayam. Saya minum sirap. Mak saya pulak dengan isteri saya sempat gak lah beli towel kat Cosway.

Suasana di perkarangan pangsapuri rumah Atam di Bandar Tasik Permaisuri
Kelihatan dari jauh anak-anak saya dan anak-anak Kak Ina bermain di Taman Permainan di perkarangan Pangsapuri Rumah Atam
Seronok betul Dhafir jumpa gelongsor
Danish dan Nurin bermain buaian
Dhafir bermain jongkang jongket
Sukanya Dhafir
Dhafir berposing di permainan jongkang jongket
Danish dan Nurin masih lagi leka bermain buaian
Ibu Mertua saya, Kak Ina dan Dayah berteduh di bawah pokok, panas ooo
Isteri saya sabar menanti Atam sambil melayan Dzaqwan
Berkerut jugaklah muka Dzaqwan menahan panahan matahari. Aik... kat belakang tu macam tak sesuai je main gelongsor!!
Lagi gambar Dzaqwan bersama Umi nya. Yang belakang tu tetap tak sesuai main gelongsor!!!
Comel tak muka Dzaqwan? Confirm! Di sahkan Comel!!
Akhirnya Atam pun tiba. Kami menjamu selera di rumah Atam seadanya. Mak Tam siap masak nugget, dan juga cocktail untuk melayan kami.
Gambar Atam ketika sedang asyik menghirup cocktail
Selesai di rumah Atam kami terus ke rumah Kak Ina di Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Kat sini kami sempat singgah sembahyang jama' Zohor dan Asar di Surau Taman Seri Nanding. Senang nak sembahyang, ruangan selesa. Lagi pun kat surau tu lah tempat saya bernikah dengan isteri saya pada tahun 2004. Teringatlah memori silam.

Suasana di ruang tamu rumah Kak Ina. Di rumah Kak Ina kami dijamu dengan Mee Goreng. Kenyang betul hari ni.
Kak Ina di ruang tamu rumahnya. Dinding rumah di cat baru, tikar getah pun baru.
Suasana di luar rumah, riuh betul bila budak-budak ni main dan bergurau. Bila dah ramai macam tulah!!!
Danish & Dhafir di pintu masuk rumah Kak Ina
Danish & Dhafir di ruang tamu Kak Ina
Danish & Dhafir terus memaparkan pelbagai aksi
Dhafir yang comot!
Dzaqwan yang menangis selepas dimandikan dengan air sejuk
Kak Ina menyiapkan Dzaqwan Amri yang sedang 'melalak'
Setelah disiapkan, Dzaqwan kembali tenang di pangkuan umi nya. Nak tidur rupanya!!
Setelah selesai di rumah Kak Ina, kami kembali ke Seremban. Di Seremban, kami sempat singgah di rumah Pak Long Hasnor dan Mak Long Anor di Sikamat. Kat sana sedap betul kuih rayanya. Ada kuih cookies tu, tak boleh lupa betul. Kata Along Anor, kuih tu beli kat istana. Tapi, memang best gilerr. Tahun depan nak tempah gak rasanya. Di rumah Mak Long Anor kami dijamu Mee Goreng juga. Selepas itu, kami sempat bersolat Maghrib secara berjemaah di rumah Mak Long Anor. Kepada Wan Esah yang sedang mengalami sakit angin ahmar, kami sekeluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan agar segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mudah-mudahan.

Kakak (kembar) sedang memangku Dzaqwan di buaian di rumah Mak Long Anor.
Adik Piji (kembar) bersama Danish turut sama berbuai
Dzaqwan senyap ketika berbuai, tetapi masalahnya tak boleh perlahan. Sebab, kalau perlahan aje, Dzaqwan pun mulalah menangis!
Pemandangan mereka yang bermain buaian dari sudut berbeza
Alhamdulillah, kami akhirnya tiba di rumah kami di Taman Bandar Senawang, lebih kurang jam 8.15 malam. Malam itu, semua tidur di rumah saya. Memang flat betul badan pada malam tu. Budget nak tengok Liverpool lawan Hull City malam tu pun terlepas begitu saja. Nasib baik Liverpool menang 6-1. Power tu. Torres score 3. Okaylah, apa pun suasana perjalanan raya di sepanjang dua hari ni memang penat tetapi menyeronokkan. Apa yang penting kita ziarah menziarahi. Apalah gunanya kita mengaku saudara mara tetapi taknak pulang ke kampung, dan apa lah ertinya saudara mara kalau kita langsung taknak menziarahi saudara mara kita di hari baik dan bulan baik ini! Sekadar menasihatkan. Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin daripada saya dan keluarga. Ikhlas : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)