7 Februari 2009 Satu trip pelancongan keluarga telah diatur oleh Atam (Bapa saudara Noi) pada 7 Februari 2009, trip ini turut disertai oleh beberapa lagi ahli keluarga lain seperti, Atuk Noi, Wan Noi, Ibu mertua saya, Pak Long Noi dan Mak Long Noi sekeluarga, Pak Andak dan Mak Andak sekeluarga, Busu dan Mak Usu, Mazli & Mimi (sepupu Noi) sekeluarga, Aryanti (sepupu)sekeluarga, dan of course Saya dan Noi serta anak-anak.
Pada 7 haribulan Februari 2009, kami telah memulakan perjalanan dari Seremban pada jam 1.00 petang memandangkan saya ada urusan di SDAR kerana memberikan ceramah berkenaan Debat kepada pelajar-pelajar.
Kemudiannya pada jam 2.00 petang kami bergerak ke Hotel Pan Pacific kerana saya terlibat dengan penubuhan NGO Gerakan Rakyat Malaysia (GERAM) yang mana saya juga telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Semasa saya sedang sibuk bermesyuarat Noi, Mak, Nabila, Danish, Dhafir, Atuk dan Wan menginap di Hotel Pan Pacific bersebelahan PWTC. Dan akhirnya tepat jam 5.00 petang, kami telah meneruskan perjalanan misi utama kami menuju ke Cameron Highlands. Kami telah berhenti rehat di R&R Tapah pada jam 7.00 malam. Kami berhenti rehat dan bersolat.
Setelah berhenti rehat kami telah meneruskan perjalanan tepat jam 8.00 malam. Dan perjalanan yang panjang dan memenatkan ini telah berkahir apabila kami tiba di Kem Brinchang pada jam 9.30 malam. Atam telah mendapatkan dua rumah kuarters askar di Kem Brinchang ini.
8 Februari 2009
Pada seawal jam 8.00 pagi kesemua ahli keluarga telah bangun memandangkan suasana yang terlalu sejuk dan tak dapatlah nak tidur lama-lama sangat. Dan kami telah memulakan lawatan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 11.00 pagi kami telah pergi ke The Strawberry Park Resort. Di sana taklah banyak sangat aktiviti, selain daripada beli aiskrim dan makan buah strawberry. Ada juga beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan di sana.
Dhafir yang gembira bersama Asyraf Wajah Noi ketika sedang menikmati ice cream strawberry Dayah sedang menerangkan sesuatu kepada Mak Lang Saya dan isteri bergambar bersama Mak Andak, Ajie dam Miza. Nabila dan Miza bergambar bersama Danish. Danish dan Dhafir, amacam comel tak? Dhafir keriangan ketika dilepaskan di Kebuh Strawberry Noi dan Danish bergambar bersama pokok-pokok kaktus. Sibuk je si Nabila tu! Selepas berpuashati dengan lawatan di sini, kami telah meneruskan langkah menuju ke Tanah Rata. Di sana kami telah menikmati makan tengahari. Sedap gilerrr makan kat sana. Lauk-lauk kampung dan tradisi benar-benar membuka selera kami. Dayah makan sampai bertambah-tambah. Tu yang sakit perut malam tak boleh tidur tu. Sempat bergambar selepas makan sebelum bergerak ke KEA Farm. Selepas makan tengahari kami telah bergerak beramai-ramai menuju ke KEA Farm. Disana terdapat pelbagai sayur-sayuran segar yang dijual dengan harga yang cukup murah. Bukan itu sahaja pelbagai sayur yang dijual di sana sukar di dapati di tempat-tempat lain. Dan yang paling mencuri perhatian di sana adalah apabila berpeluang menikmati jagung mutiara.
Setelah selesai lawatan di KEA Farm, kesemua ahli keluarga telah berangkat pulang ke kuarters untuk berehat, tiodur dan minum petang. Minum petang itu memang menyelrakan dengan hidangan seperyi maggi, cekodok air dan air panas. Aryanti yang turut kelihatan penat kerana berjalan tak henti-henti sejak dari pagi Atuk dan Wan menunggu hidangan minum petang siap Dayah dan Wahid berebut menikmati cekodok sambil mencecah sambal. Pada sebelah petangnya saya dan isteri telah bersiar-siar di Pasar Malam Brinchang untuk membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke Seremban. kami membeli, bola strawberry untuk Danish & Dhafir, Baju Mr Bean, sedikit sayur keledek, strawberry dan stoking. Tak banyak pun, bolehlah...
Danish menggayakan baju Mr Bean nya Dhafir pun sama, siap dengan selipar nya sekali. Danish dan Dhafir Danish memang suka betul dengan baju Mr Bean ni. Selepas selesai makan malam, saya dan isteri telah mengambil keputusan menginap di luar Kuarters. Kami telah menginap di Hotel Tudor Inn, berhampiran dengan Kem Brinchang. Dengan suasana bilik hotel yang lebih selesa diharapkan tangisan anak kami tidaklah mengganggu tidur orang lain dan juga ia lebih memudahkan maki menyiapkan anak-anak sebelum berangkat pulang keesokan harinya. Dua katil besar yang benar-benar selesa untuk kami sekeluarga. 9 Februari 2009
Seawal jam 7.00 pagi kami telah siap memandikan Danish dan Dhafir, dan mudah benar untuk kami bersiap-siap di sini. Dan tepat jam 8.00 malam kami telah mula bergerak ke Kem Brinchang untuk bersarapan sebelum sama-sama bersiap sedia pulang ke Seremban.
Danish dan Dhafir bergambar setelah siap dimandikan. Kedua-duanya riang sebab dah nak balik ke Seremban dah! Mimi menghabiskan sarapan pagi Noi bergambar di hadapan barang-barang yang telah siap dikemas sesudah selesai sarapan pagi. Kemudiannya kami telah beramai-ramai bergerak pulang. Dalam perjalanan kami telah singgah sebentar di Bharat Tea Plantation (Ladang Teh). Kami telah banyak menghabiskan masa bergambar di sana.
Danish bergambar sebaik sahaja turun dari kereta. Lihatlah keindahan Ladanng Teh di Cameron. Bergambar beramai-ramai Antara yang sedang asyik menghayati keindahan dan kehijauan ladang teh Antara saudara-mara yang berkesempatan turun ke ladang teh (pemandangan dari atas) Saya dan Danish Noi bergambar bersama Aryanti dan Dhafir Dhafir Bergambar bersama Pak Long dan anak-anak Afiq (anak Wazir (sepupu Noi)) Tiga anak kecil bergambar bersama Mak Lang, Mak Mertua Saya, Noi dan Dayah Saya dan Danish Pak Andak, Saya, Mazli, Wahid dan Pak Long Dhafir Saya, Mazli, Wahid dan Pak Long Atuk dan Wan Busu dan Mak Usu Mak Usu, Busu, Mak Saya dan Wan Saya dan keluarga saya Mak Mertua saya, Dhafir, Noi dan Dayah Setelah selesai di ladang teh, kami berhenti seketika untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Ringlet. Dan kemudiannya kami telah meneruskan perjalanan dan singgah sebntar di Air Terjun Lata Iskandar. Di sinilah berlakunya tragedi Adam (anak Mimi & Mazli) yang kelemasan. Peristiwa dramatik ini menyaksikan Pak Long & Mak Long kebasahan ketika cuba menyelamatkan Adam daripada lemas. Alhamdulillah semuanya selamat.
Pemandangan air terjun yang benar-benar menenangkan jiwa. Lagi pemandangan air yang jernih dan menusuk kalbu. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan kami telah berhenti di R&R Tapah. Di sini kami telah berhenti untuk makan tengahari. Atuk yang agak kepenatan telah hanya baring ketika di sini.
Kesemua ahli keluarga berpusat di salah satu wakaf di R&R Tapah. Ada yang sibuk makan, dan ada juga yang berbincang. Mak Lang turut sibuk melayan karenah cucu nya. Atuk yang hanya terbaring tidur sambil ditemani Wan Mak Long termenung jauh memikirkan jauh lagi ke nak sampai kat Palong ni ? (agaknyalah...) Selepas itu kami bergerak pulang. Saya dan Pak Andak telah mengambil keputusan untuk singgah di rumah Busu, kami telah tiba di sana tepat jam 6.30 petang. Acoy telah mengambil keputusan untuk menjamu pizza resepi baru di rumah Busu. Alhamdulilah kenyang. Tak cukup setakat itu Mak Usu turut bertungkus lumus bersama Busu menyediakan makan malam yang cukup menyelerakan buat kami semua. Terima kasih banyak diucapkan, walaupun sama-sama kepenatan tapi Mak Usu dan Busu tetap ceria melayan kami semasa makan malam tersebut.
Dhafir ketika di rumah Busu Danish Suasana kepenatan sebelum waktu makan malam Alan pun turut terbaring di sebelah Wan ketika menunggu waktu makan malam. Alhamdulillah kami telah bergerak pulang kira-kira jam 9.30 malam dari rumah Busu menuju ke Seremban. dan kami telah tiba di Senawang kira-kira jam 10.30 malam. Sesungguhnya banyak kenangan indah di sana nersama keluarga, dan pastinya semua ahli keluarga tidak sabar pula menunggu Family Day 2009 di akhir tahun nanti.
Sekian dan Wassalam.
Laporan oleh : Acoy