Ahad, 18 Januari 2009

Menjamu Selera di Restoran Kayu Manis.

Pada 17 Januari 2009, Saya, Mak, Wan Sungai Buluh, Kakak (kembar), Noi, Danish, Dhafir telah berkunjung ke rumah bapa mertua Apak Sidek di Seksyen 17 Shah Alam. Lawatan ini bersempena kelahiran Putera Bongsu Apak Sidek. Alhamdulillah, kami telah tiba di stesyen minyak Shell di Seksyen 17 tepat jam 4.00 petang. Pak Induk dan Induk telah menanti kami di sana. Tidak lama kemudian Mak usu turut tiba untuk menyertai lawatan ini.

Selepas lawatan selesai, tepat jam 5.00 petang kami semua telah bergerak menuju ke Bukit Jelutong, untuk berehat di rumah Mak Usu.

Hah hah hah. Tetapi, bukan ini tujuan utama artikel ini dikarang. Kerana selepas dari itu, ada event yang lebih hangat untuk dikongsi. Iaitu event makan sampai kenyang!!! Selepas itu kami semua telah berangkat beramai-ramai ke Restoran Kayu Manis, di Bukit Jelutong. di sana kami telah menjamu selera dengan sepuas-puasnya. Kalau tak caya mari kita lihat bagaimanakah makanan-makan tersebut di'kerjakan'.....
Inilah gambaran hadapan Restoran Kayu Manis ini.
Kakak dan Nabila (anak buah Noi) sedang sabar menanti makanan tiba.
Induk dan Mak Usu yang ceria menanti santapan.
Hah tu dia dah sampai dah. Dari kiri; Keladi masak apa entah, kailan ikan masin dengan Prawn Butter. Pergghh sedap gilerr!
Tanpa berlengah lagi setiap makanan disambar!
Perhatikan betul-betul, bagaimana indahnya, begitulah sedapnya!
Prawn Butter ni, bau dia pun dah mengasyikkan.
Kailan ikan masin ni, rangup dan sedap.

Ini roti bun. Tau tak cecah dengan apa? Tunggu selepas ini....
Hah ini dia ikan masak asam. Sekejap je, macam ikan piranha. yang macam piranha bukan kat tengah tu, tapi yang kat keliling ikan tu!
Hah ini ketam masal berlada. Pergghh lagi power. Tak dapat nak kata apa dah!
Afiq dengan penuh bersemangat berusaha mencapai ketam.
Suasana meriah di dalam Restoran Kayu Manis.
Mak Usu berposing dengan Ketam yang dijamahnya.Tapi nampak Induk macam tak puas hati je!!! Ketam tak cukup ke?
Mak Lang pun turut berselera menyambar ketam.
Inilah produk akhir di pinggan saya setelah kesemua makanan diselesaikan.
Ini pinggan Mak Usu dengan Induk.
Ini lauk kat tengah tadi. Selesaiii!!!!

Alatan yang digunakan untuk makan ketam, pencungkil, penyepit dan penukul.
Saya bergambar bersama Iqbal dan Pak Induk selepas kekenyangan.
Pak Induk dan keluarga merakamkan gambar kenangan.
Gambar ceria Danish di Restoran Kayu Manis.
Cuba teka yang mana satu Induk? Sila bulatkan..... heh heh heh.
Setelah selesai Mak Usu membuat pembayaran, kami pun bersiap-siap untuk pulang.
Dhafir turut ceria ketika sebelum pulang meninggalkan Restoran Kayu Manis.


Memang sedap gila makan kat sana. Terima kasih banyak buat Mak Usu yang telah sudi belanja kami makan di sana.

Sekian dan Wassalam.

- A C O Y -

Tiada ulasan: