Pada 25 Disember 2012, maka genaplah 8 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tercinta Syamsul Amri bin Hj Ismail. Diam tak diam, anak kami dah masuk empat!! Danish Amri, Dhafir Amri, Dzaqwan Amri dan Dzafran Amri...
Terima kasih di atas kesudian suami untuk bersama-sama menempuh hidup bersama... semoga kita akan terus tabah dan kuat di dalam menempuh kehidupan bersama serta meredah setiap onak, duri, ranjau di sepanjang kita melayari bahtera rumahtangga.
Insya Allah, kami akan mengadakan sedikit majlis tertutup pada 31 Disember 2012 ini... insya Allah saudara mara yang rapat akan kami jemput. Namun, terima kasih kepada Hafiz (adik ipar saya) kerana sudi menyumbangkan kek dari Secret Recipe hari tu, maka dapatlah kami adakan sambutan secara ringkas sekadar tanda memperingati terlebih dahulu...
Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan