Selasa, 25 Disember 2012

Majlis Makan Malam Bersama Media di Klana Resort, Seremban


Pada 21 Disember 2012 yang lalu, saya telah berpeluang mengikut suami saya bersama ke Majlis Makan Malam Bersama Media. Terima kasih banyak kepada suami tersayang kerana membawa saya bersama... untuk makluman semua sememangnya setiap tahun saya mengikut suami saya di function tahunan ini.

Majlis Jamuan Makan Malam ini berlangsung di Hotel Klana Resort, Seremban. Alhamdulillah dapat jua menikmati jamuan makan yang enak dan lazat di sana di samping beramah mesra dengan rakan-rakan sekerja suami saya yang turut berada di sana.

Tapi... pada malam tu kami tak dapat lama sangat kat sana... dalam pukul 10.15 dah kena balik dah sebab menerima perkhabaran yang baby Dzafran (anak bongsu kami) meragam di rumah. So, kenalah balik. Apa pun terima kasih sekali lagi buat suami tersayang kerana sudi membawa saya ke majlis ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sana...



Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Tiada ulasan: