Pada 22 April 2012 yang lalu, suami saya bersama Ibu Mertua saya, Mak Long dan juga Cik Sal telah berkunjung ke rumah sahabat-sahabat Ibu Mertua saya iaitu Cik Nab dan Cik Jah. Cik Nab dan Cik Jah ini merupakan sahabat karib yang dikenali ketika sama-sama mengerjakan ibadah haji pada tahun yang lalu. Suami saya yang kebetulan free pada 22 April telah sudi membawa Ibu Mertua saya, Mak Long dan Cik Sal menuju ke rumah sahabat mereka di Felda Keratong 6.
Di rumah Cik Nab, mereka dijamu dengan jamuan Mi Rebus. Sedap, kata suami saya. Kemudiannya mereka juga telah berpeluang menjamu selera makan tengahari di rumah Cik Jah pula.
Mereka bergerak ke Keratong seawal jam 8.45 pagi dan tiba di Keratong pada jam 11.30 pagi. Mereka bertolak pulang ke Seremban dari Keratong lebih kurang jam 2.00 petang dan sempat juga singgah makan cendol di Bus Stand Kuala Pilah.
|
Suasana di hadapan rumah Cik Nab |
|
Laman Rumah Cik Nab yang bersih |
|
Pemandangan di dalam rumah Cik Nab |
|
Ini ketika semua sedang menikmati Mi Rebus ! |
|
Ini pula rumah Cik Jah |
|
Beginilah suasana di halaman rumah Cik Jah |
|
Cik Jah yang sedang membuat persiapan sebelum Mak Long dan Cik Sal turut sama memasak |
|
Suasana ketika makan tengahari. Pun best jugak, kata suami saya |
|
Menikmati jamuan air panas sebelum pulang |
|
Cik Nab memasukkan buah kelapa untuk sebagai buah tangan di bawa balik ke Seremban |
|
Kelapa ni semua Cik Jah yang tanam ! |
|
Cik Jah dan Mak Long menyusun atur semua barangan di dalam bonet kereta |
|
Bersalaman sebelum pulang |
|
Bergambar Kenangan sebelum pulang |
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan