Pada 1 Oktober 2011, kami sekeluarga telah pulang ke kampung Sungai Buloh, di Jelebu. Kenapa? Saja lepak-lepak dan pulang untuk menziarahi Cik Aziz (jiran rumah wan Sungai Buloh) yang berada di dalam keadaan kurang sihat akibat masalah paru-paru. Kesempatan ini juga telah diambil oleh suami saya untuk membawa anak-anak kami join anak-anak Pak Tam untuk mandi di Sungai.
Mereka semua bermandi-manda di Sungai Jerang, kira-kira 5 minit je daripada rumah Wan Sungai Buloh. Jom sama-sama kita saksikan aksi-aksi mereka mandi sungai yang telah sempat dirakamkan. Oh, lupa pulak, si Aiman (anak Kak Lang Alin) pun turut sama join mandi walaupun dalam keadaan demam panas!
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan