Khamis, 16 Disember 2010

Hari Keluarga RAIS 2010 Berlangsung Meriah!!!

HARI KELUARGA
RAIS & ASIAH
TAHUN 2010
. KLEBANG BEACH RESORT, MELAKA
10 DISEMBER 2010 - 12 DISEMBER 2010
.
.
12 Disember 2010, Klebang : Satu program Hari Keluarga RAIS telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2010 bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka. Program ini telah berlangsung dengan disertai kira-kira 70 orang ahli keluarga yang telah berkesempatan hadir.
.
Pengerusi Tetap program, Sdr Syamsul menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan program pada tahun ini yang telah berlangsung dengan meriah serta dihiasi dengan pelbagai program yang berlainan sama sekali dengan tahun-tahun sebelumnya.
.
Program ini telah berlangsung buat kali ke-enam dengan pelbagai acara dijalankan termasuklah sukaneka, ceramah kekeluargaan, cabutan nombor bertuah, jamuan makan malam barbeque, karaoke dan banyak lagi.
.
.
Dengan ini pihak EDITOR mengucapkan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan lebih meriah lagi. Melalui program ini ikatan kekeluargaan pasti akan dapat dipereratkan.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: