Isnin, 26 Julai 2010

Jom Menjamu Selera di Restoran Ikan Bakar!!

24 Julai 2010 - Kebetulan pada hari Sabtu (24 Julai 2010) Mak Usu, Wan Asiah dan anak-anak Apak Sidek datang ke Port Dickson untuk menenangkan fikiran, maka satu lagi jelajah mencari MAKANAN telah diadakan. Mak Usu dan lain-lainnya telah memilih untuk berehat-rehat di Hotel Thistle yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Guoman.
.
Saya, keluarga saya bersama-sama Fadzly, Adik Piji dan Kakak yang kebetulan baru tiba dari Kluang turut sama menyertai aktiviti makan ini. Kebetulan beberapa hari yang lalu, saya terserempak dengan tukang masak Medan Ikan Bakar Kampung Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson ketika saya sedang berjalan di Seremban. Katanya, "Dah lama tak datang kedai bang?", saya kata, bukan tak datang kedai, tapi memang dah lama tak ke Port Dickson pun. Tau-tau je lah, nak menyampai ke Pasir Panjang, Port Dickson ni, boleh tahan gak lah jauhnya.
.
Cuma, apa yang terbaru kata 'tukang masak' tadi, dia dah buka cawangan yang baru iaitu kat Teluk Kemang sebaris dengan Hotel Mesra dan Pasaraya Mesra. Maknanya, lokasinya memang jauh lebih hampir berbanding di Pasir Panjang tadi. Namun, saya dimaklumkan yang lokasi lama masih kekal beroperasi seperti biasa.
.
Atas dasar itu, saya dan Mak Usu telah mengambil keputusan untuk mencuba di lokasi baru yang dikatakan tadi. Hidangan ikan bakar, sotong celup tepung, ketam goreng berlada, lala masak halia... semuanya sedap, cuma yang tak berapa bagusnya, 'service'nya agak lambat sikit. So, ini boleh gaklah menjejaskan minat pelanggan untuk datang lagi.
.
Kalau tak disebabkan saya ni 'regular customer' mungkin saya dah lari kot, tapi itulah, saya cadangkan agar pengurusan kedai berbuat sesuatu, kerana kerap kali saya perhatikan... apabila makanan siap saja pelayan akan tercangak-cangak kerana tak tahu nak hantar ke mana, setiap meja ditanya apakah meja tu ada order makanan tu atau tidak. Inilah masalahnya.
.
Untuk bertahan dalam industri ni, maka perlunya penyelarasan. Sayang sekali jika kita memiliki ramai pelanggan, tetapi tidak berusaha mengoptimumkan kepuasan pelanggan. Ingat, bukan hanya rasa menjadi penentu, tetapi pelbagai aspek termasuklah, menjaga hati pelanggan.
.
Apa-apa pun, memang best makan kat sana, cuma kalau nak suasana tepi laut yang menarik kena pergi ke Kg Teluk, Pasir Panjang gak laaa....
.
Dan sebelum terlupa, kami semua nak ucapkan jutaan terima kasih buat Mak Usu yang telah sudi belanja pada malam itu. Dengan berbesar hati diucapkan Selamat Panjang Umur dan Murah Rezeki buat Mak Usu... Hidup Mak Usu!!!!
.
Suasana ketika baru tiba di kedai. Kelihatan Mak Usu dan Wan sedang memesan (order) minuman
Mula-mula menunggu ok lah lagi....
Lama-lama... Penantian itu satu penyiksaan!!!
Akhirnya Ikan bakar yang menyelerakan tiba di hadapan mata!!
Sotong celup tepung yang mula luak tak sampai seminit!
Pergghhh... memang garing dan best giler!!! Ikan Kerapu ni masak tiga rasa.
Tom Yam yang memang sedap dimakan ketika panas-panas
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Isnin, 19 Julai 2010

Ubahsuai Halaman Rumah ( Pemasangan Awning)

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia buat semua...
.
Alhamdulillah, hasrat saya dan keluarga untuk mengubahsuai halaman rumah hingga ke peringkat pemasangan awning, akhirnya berjaya juga diselesaikan. Sebagaimana yang sedia maklum, sebelum ini pada 18 Januari 2010, saya telah mengubahsuai halaman rumah dengan membuat pagar baru serta memasang jubin/tiles. Ini bagi membolehkan dua kereta boleh diletakkan di dalam kawasan rumah.
.
So, kini beralih pula kepada pemasangan awning di hadapan rumah bagi mengurangkan cahaya panas matahari di halaman rumah. Mr Wong dari Nilai 3 merupakan kontraktor pilihan bagi membantu menyelesaikan projek ini. Sebelum ini Mr Wong juga adalah kontraktor yang bertanggungjawab memasang 'pagar baru' sebelum ini. Saya juga memilih beliau untuk memasang awning di hadapan rumah.
.
Sepatutnya, sebaik sahaja siap pagar dipasang Mr Wong akan terus sahaja memasang awning... tetapi disebabkan terlalu banyak terlibat dengan projek-projek kerja besi yang lain, maka hasrat saya ini telah tertangguh beberapa bulan. Saya sendiri telah pergi meninjau di kilang milik Mr Wong, sememangnya besi awning dan lain-lain telah pun siap, cuma memerlukan masa yang sesuai untuk pemasangan.
.
Namun, ini tidaklah menyebabkan saya pergi mencari kontraktor lain, kerana sememangnya benar Mr Wong sibuk tetapi disebabkan saya menyakini hasil kerja beliau maka saya tetap menanti masa Mr Wong yang sesuai untuk tujuan pemasangan awning ini.
.
Kerja yang ditunjukkan memang berkualiti dan cekap. Hasil kerja yang bagus dan teliti. Kerja-kerja pemasangan awning in telah diketuai oleh En Ah Fatt (pekerja Mr Wong) dan dibantu oleh 4 pekerja yang lain. Melihatkan kepada hasil kerja, sememangnya saya berani menggalakkan orang lain agar turut berurusan dengan Mr Wong ini.
.
Akhirnya pada 23 Julai 2010 yang lalu, sekali lagi rumah No. 3, Jalan D'areca 4 berubah wajah dengan pemasangan awning ini.
.
Berikut saya kongsikan bersama anda proses mula pemasangan awning sehingga ke akhir untuk tatapan anda.
.

Ini rupa bentuk asal halaman rumah sebelum diubahsuai pada 18 Januari 2010

Rupa dari hadapan rumah selepas selesai pengubahsuaian (pemasangan pagar & pemasangan tiles) pada 18 Januari 2010
.
Berikut kita sama-sama lihat kerja yang dijalankan pada 23 Julai 2010 Kerja dimulakan seawal jam 10.00 pagi
Rangka-rangka besi di'welding'kan sebelum dinaikkan
Besi-besi disusun seperti dirancangkanBesi-besi yang telah dicantum akhirnya dinaikkan
Beginilah rupanya setelah rangka bumbung untuk awning dinaikkan
Polycarbonate Awning dibentangkan sebelum diukur untuk dinaikkan
Bumbung dinaikkan sekeping demi sekepingBekas untuk meletakkan tong sampah turut disiapkan
Memang ngam dengan saiz tong sampah yang ada
Pengukuran dilakukan dengan cukup berhati-hati
Bumbung polycarbonate turut dinaikkan dengan teliti dan cukup berhati-hati
Ah Fatt mengawal dari bawah...
Siap sekeping dinaikkan
Kini kepingan kedua juga telah dinaikkan
Kini, pengukuran sebelum menaikkan kepingan polycarbonate yang ketiga
Pengukuran perlu dipastikan mengikut apa yang telah diukur diawal tadi
Diukur berkali-kali bagi mengelakkan kesilapan
Akhirnya kepingan ketiga pula dinaikkan

Kini, ukuran untuk kepingan yang keempat pula

Kerja pemasangan skru bagi mengukuhkan lekapan awning pada rangka besi
Finishing yang terbaik dititikberatkan!
Merakamkan gambar dari sebelah tepi rumah jiran
Pandangan dari dalam rumah
Kelihatan Ah Fatt di atas rangka memeriksa setiap ruang yang telah disiapkan, bimbang jika ada sebarang kekurangan!
Beginilah rupanya setelah selesai kerja pemasangan
Disamping itu, ada juga kerja-kerja menacap semula cat pagar yang sudah mula pudar akibat hujan sebaik sahaja pagar ini siap pada bulan Januari yang lalu
Memang menarik dan sangat berpuashati!!!
Suasana redup di bawah awning yang telah siap!
Akhirnya, inilah penampilan 'baru' bahagian halaman rumah kami. Memang cantik dan menarik!!
.
Begitulah tadi yang dapat saya kongsikan bersama anda. Saya sememangnya berpuashati dengan hasil kerja yang ditunjukkan serta pasti akan mencadangkan nama kontraktor ini kepada orang lain juga.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail

Jom Makan Char Koay Teow di Puchong!!

Terkenangkan nostalgia lama. Sejak dari tahun 2000, ketika saya masih menuntut di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, seringkali saya menikmati hidangan istimewa Char Koay Teow yang istimewa di Puchong. Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya akan ke sana. Tempat ini diperkenalkan oleh Busu saya yang tinggal di area Shah Alam.
.
Saya ni pun asalnya bukanlah seorang yang gemar sangat makan Char Koay Teow (CKT) ni. Tapi lepas dah rasa... memang tidak terjangkau kelazatannya. Ini diakui oleh ramai orang termasuk beberapa orang saudara-mara saya dan juga tidak ketinggalan isteri saya.
.
Semenjak saya habis belajar, dah bekerja dan tinggal di Seremban jarang-jarang sekali saya ke sana lagi bagi menikmati CKT ni. Tapi ada jugaklah sekali sekala kalau saya berkesempatan berkursus atau ada hal di area Shah Alam, saya pasti akan cari ruang untuk makan CKT di sana.
.
Baru-baru ni saya menerima berita daripada Busu yang tempat makan CKT dan tutup. Dah beberapa kali Busu pergi tetapi memang tutup. Tak beroperasi lagi katanya. Sampai kerusi meja pun dah tak ada. Memang 'frust' betul saya bila mendengar perkhabaran ini.
.
Mungkin anda yang membaca artikel ini akan bertanya, "sedap sangat ke char koay teow dia ni". Jawapannya memang sedap. Macam-macam tempat saya dah cuba dan memang tiada tandingannya. Saya dah cuba Juara Char Koay Teow di Senawang, Char Koay Teow special di Taman Matahari di Senawang, Char Koay Teow setiap pasar malam, tempat-tempat lain di Klang, Kuala Lumpur dan merata-rata di Seremban...Memang tak ada tandingannya. Kebanyakan Char Koay Teow siap kata dia punya CKT memang original Pulau Pinang tapi hakikatnya... rasa memang out!
.
Tetap tak boleh lawan Char Koay Teow Puchong. Percayalah.
.
Pada 17 Julai 2010 (Sabtu) yang lalu saya telah ke Shah Alam (rumah Busu). Kat sana saya kata nak cubalah tengok-tengok kalau Char Koay Teow tu dah bukak. Saya ke rumah Busu sebab ada sedikit perbincangan berkaitan family day yang bakal berlangsung pada 6 - 8 Ogos 2010 nanti. So, Busu ata kalau bukak jangan lupa telefon dia, Berbekalkan harapan yang tinggi saya dan keluarga saya telah menuju terus ke Puchong.
.
Alangkah bersyukurnya kerana kelihatannya Char Koay Teow yang memang menjadi tumpuan ramai sejak sekian lama kini telah kembali dibuka. Ketika saya berbual dengan salah seorang pekerja gerai Char Koay Teow ni, beliau mengakui yang tempat ni dah lama ditutup. Tetapi kini dah dibuka semula di bawah pengurusan baru! Saya pun apa lagi terus cuba! Memang sah rasanya dan kelazatannya masih kekal macam dulu. Cuma kuantitinya dah semakin sedikit nampaknya (mungkin sebab barang mahal kot). Apa pun CKT yang dicari-cari kini telah kembali ditemui.
.
Kalau tidak disebabkan dah makan banyak ayam golek kat rumah Busu, tentu kami bertambah-tambah makan CKT. Apa-apa pun kepada anda yang nak mencuba dipersilakan. Percayalah cakap saya, CKT kat Puchong ni memang best gilerr!!!!
.
Dan kalau nak confirmkan sebelum ke sana boleh call gerai ni di talian 013-3773293 (Fairuz/Adik). Manalah tau takut datang jauh-jauh, tiba-tiba tutup lak kan!
.
So, selamat menjamu selera diucapkan. Wassalam.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
.
Anakanda saya Dzaqwan yang turut bersama menikmati Char Koay Teow Puchong special!!
Pengurusan Char Kuay Teow yang baru di bawah nama Malinja Char Koay Teow
Danish Amri dan Dhafir Amri yang turut menyertai santapan istimewa ini
Char Koay Teow yang telah siap diselesaikan!
Akhirnya kami pulang dengan penuh gembira. Dzaqwan mulai terkulai layu setelah kepenatan sepanjang hari berjalan dan makan!

Jumaat, 16 Julai 2010

Happy Birthday Buat Noi & Fadzly!!

Selamat Hari Lahir Buat
.
Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Yang Ke-30)
.
dan
.
Syamsul Fadzly Ismail (Yang Ke-29)
.
.
Satu majlis sambutan hari lahir telah diadakan buat Noi dan Fadzly dalam keadaan yang simple tetapi meriah. Majlis sambutan diadakan di Restoran City Park Oriental, Seremban 2 pada jam 8.30 malam 16 Julai 2010. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Mak Usu dan Induk sekeluarga daripada Shah Alam.
.
Dengan ini sekelian ahli keluarga mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
.
Hadiah hari lahir buat Noi ikhlas dari suami tersayang!
Cubalah teka apa agaknya isi kat dalam? Di sinilah tempat sambutan hari lahir Noi dan Fadzly dilangsungkan
Hah tu semua kaum kerabat keluarga RAIS yang berkesempatan hadir!
Suasana meriah di meja makan
Mak Long sibuk menyendukkan untuk semua
Pak Induk dan Iqbal
Dhafir dan Acoy
Memang meriah betul hidangan ala 'chinese style'
Ikan Kerapu ni memang best! Masak sweet sour!
Ikan kerapu masak 3 rasa!!
Hidangan istimewa oleh Mak Long!
Sotong celup tepung pun ada!
Mula menung setelah kenyang!
Ini sahaja yang tinggal??
Kek Hari Lahir dihidangkan!
Kek yang didatangkan khas daripada Secret Recipe! Macam biasalah!!!
Birthday Girl bergaya sebelum memotong kek yang disediakan!!
.
Sekali lagi Selamat Hari Lahir buat Fadzly dan juga Noi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR